Total Pageviews

Thursday, December 27, 2012

Buat adik-adik SMAKL


Assalamualaikum wbt,

Tidak sah ataupun tidak lengkap andai tiada ucapan salam buat pembuka bicara kepada semua. Apa khabar adik-adik SMAKL sekalian? DI harap kalian sentiasa di bawah lembayung rahmat ilahi dan kasih sayang Allah yang tiada taranya.
Mungkin adik-adik sekalian tertanya-tanya, siapakah saya? Buat yang mengenali, alhamdulillah namun bagi mereka yang belum ingin saya perkenalkan diri, saya juga bekas pelajar generasi ke-12 SPM 2003.
saya percaya tiada yang mengenali kerana amat jauh beza umur antara kita.
Bagaimana hidup di SMAKL? Kehidupan asrama? Jauh berbeza kan kehidupan rumah dan asrama yang serba kekurangan berbanding teratak rumah kita yang cukup indah buat kita berteduh.
namun kehidupan asrama lah yang banyak mengajar kita erti kehidupan berdikari dan mengajar kita erti kedewasaan dan erti sebuah pengorbanan dalam mencorakkan kehidupan kita dengan warna dan dakwat kita sendiri.
Bagaimana belajar di sini? Saya pasti semua di kalangan anda inginkan proses pembelajaran yang sempurna, begitu juga saya. Usah bandingkan kita dengan sekolah-sekolah lain kerana kita bertemakan dan berkonsepkan dengan konsep kita sendiri, “KESEIMBANGAN DUNIAWI DAN UKHRAWI” bukan sekadar berjaya dalam peperiksaan sahaja yang dicari namun kejayaan di dunia dan dunia yg kekal abadi iaitu akhirat agar kita mampu menjadi insan yang menjadi tauladan dan contoh serta mampu menyumbang dalam membangunkan diri, keluarga, masyarakat, negara, bangsa dan agama Islam yang kita sayangi dan cintai.

Usah mudah mengalah dalam melakukan apa sahaja dalam kehidupan kita seharian. Andai kita gagal buat kali ke-100 sekalipun, terus gandakan usaha, mungkin Allah akan beri ganjaran kejayaan andai kita mencuba buat kali yang ke-101, siapa tahukan? Kita merancang Allah juga merancang, namun perancangan Allah yg Maha hebat paling sempurna. Ingin saya kongsikan pengalaman saya sewaktu Tingkatan 5 Ali 2003.
banyak suka duka kenangan pahit manis yang tidak mampu saya padamkan dari memori lembut dalam kepala saya. Memori nakal dan sebagainya, tetap menjadi kenangan yang mampu buat saya tergelak kecil dan terhibur hati andai terkenang kembali.
Kenangan di sebat oleh Ustaz Kamarul di dalam bilik pengawas ketika subuh bertubi-tubi namun diselamatkan oleh gulungan tikar kerana saya tidur di dalamnya, kenangan di sebat Ustaz Erfino Johari, Cikgu Azmi dan lain-lain lagi. Sungguh menggeletek hati, sehinggakan pagi ingin berjumpa Ustaz Kamarul saya tersipu-sipu malu atas insiden yang terjadi.
Kekalahan SUARA SMAKL 2003 di peringkat Kuala Lumpur (NEGERI) adalah juga atas kelemahan saya selaku Solo Kedua yang pecah suara ketika membawakan lagu yang agak tinggi buat nada saya, pecah sepanjang-panjang rangkap nada tinggi. Kalah disebabkan saya, sedih hiba dan bersalah serta berbagai-bagai lagi perasaan yang menyerang jiwa ketika itu.  Sehingga saya tidak henti-henti menyalahkan diri dan semua kekalahan berpunca daripada saya, namun ramai yang memberi semangat, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan saya dan adik-adik junior yang menyukai SUARA SMAKL 2003 yang pasti menantikan kami keluar setiap kali membuat persembahan. Lama juga saya patah hati akibat kekalahan itu kerana hati dan jiwa berkobar-kobar ingin mengharumkan nama SUARA SMAKL dan nama sekolah ke peringkat sekolah namun apakan daya, kita merancang Allah jua merancang dan pasti ALLAH mempunyai perancangan yang terbaik buat kita dan semua. Usaha lagi dan insyaallah cita-citamu akan tercapai.
Ingatlah kata-kata ini, Usaha Doa Tawakal harus seiring agar Allah akan makbulkan apa jua permintaanmu. Sama ada cepat atau lambat sahaja.

buat yang ingin menduduki peperiksaan PMR dan SPM, harus tingkatkan usaha, usah malu bertanya dalam pelajaran andai ada yang tidak difahami, usah sombong dalam menuntut ilmu, sentiasalah merendah diri andai ada bijak sekalipun tidak guna andai tiada nilai-nilai murni yang patut dipupuk di dalam diri.
sikap meninggi diri, kedekut ilmu, bangga diri boleh membawa kepada riya’ dan takabbur yang merupakan sifat-sifat mazmumah yang harus dielakkan. Tiada guna dan tidak membawa apa-apa keuntungan buat diri, namun jika anda murah dalam memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan lain, pasti Allah akan memberi kefahaman yang jitu kepada anda seterusnya memudahkan proses pembelajaran.
usah malu meminta dari ALLAH, pintalah dengan doa yang ikhlas tanpa mengharap balasan Allah. Ingatlah andai anda melangkah jauh dan rasa tanpa arah tujuan, dan ingin kembali ke landasan yang benar atau ke pengkalan, berdoalah tanpa titik noktah kerana doa itu mengeratkan kerana doa itu juga menyembuhkan hati dan kerana doa juga adalah punca ALLAH menyayangi kita sebagai HambaNYA.
Tak sesaat Allah biarkan kita keseorangan, tak sesaat juga Allah merasakan pinta kita itu satu bebanan dan kita harus yakin dan percaya bahawa diri kita amat memerlukan kasih sayang dan rahmat Allah. Yang mengeratkan hubungan sesama manusia dan hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.
Jaga hubungan dengan manusia agar sentiasa disayangi dan disenangi, dan jaga hubungan dengan ALLAH. Andai ada masalah dengan manusia, muhasabah kembali dan periksa hubungan kita dengan Allah, pasti ada kekurangan di mana-mana.
Jadilah seperti padi, makim berisi makin menunduk, usah jadi seperti lalang, yang makin tinggi makin meninggi diri.
jadilah seperti lebah, yang mampu memberi kemanisan madu kepada manusia sejagat dan hidupan lain,
usah jadi seperti Dinasour yang hanya nampak gah dan hebat namun tidak mampu mengekalkan perjalanan umat-umat dan species keturunanNYA sehingga pupus dari dunia.
Ingatlah semua,
beramal untuk akhirat yang pasti,
Beriman dengan keimanan yang sejati
berbakti dengan sebenar-benar usaha kepada semua agar hidup kita mampu Allah berkati dan rahmati.
Insyaallah.

Yang Ikhlas,



IMAM MUDA AZLAN
Bekas Pelajar SMAKL
Generasi Ke-12 SPM 2003

Tuesday, December 4, 2012

Kenangan IM Musim Kedua 2011

salam and selamat tengahari,

hi!dah lama x update pasal family, ni ada saya terjumpa gambar lama sewaktu pendaftaran IMAM MUDA musim kedua di laman web.
gambar ni bila tengok balik,tembam juga saya.skrang ni pun tembam jugak..hehe..maklumlah ketika ini baru 2 bulan bernikah dan melayari alam perkahwinan.


so pada semua and alls, khas cebisan buah tangan buat semua..




www.facebook.com\Imammudaazlan
layari twitter @imammudaazlan
call/sms 014-596 6622/010-6206 123

IM Azlan Coretan Minda: Panglima Dua Kota

IM Azlan Coretan Minda: Panglima Dua Kota: Merenung persoalan yang hilang Dua kota dibina musnah binasa mencari siapakah diri ini pelarian di tanah air sendiri mengapa..mengapa....

IM Azlan Coretan Minda: Kau Pemunya Cinta

IM Azlan Coretan Minda: Kau Pemunya Cinta: KAU PEMUNYA CINTA Cinta itu anugerah naluri dalam setiap manusia hanya yang dapat merasa dicintai dan mencintai bagi kau pemunya cinta...

Kau Pemunya Cinta

KAU PEMUNYA CINTA

Cinta itu anugerah
naluri dalam setiap manusia
hanya yang dapat merasa
dicintai dan mencintai
bagi kau pemunya cinta

wahai bidadariku
ingat pesanku ini
hanya dikau pemunya cinta
pemilik hatiku rinduku kasihku selamanya
ku pohon doa restu kasihMU
agar kau berkati kisah hidup kami
yang menjadi dambaan kasih ilahi
menerobos ke dalam diri

kau umpama serikandi hati
menyuluh di kala gelap
menongkat diriku dikala tempang
yang hanya kau pemunya cinta
wahai puteriku rinduanku
tanpamu
ku hanyut mencari jalan pulang
dalam menggapai sinar harapan
keredhaan Allah
dalam mencintaimu
Duhai Kau pemunya Cinta

Lagu: IM Azlan
Lirik: IM Azlan

www.imammudaazlan.adacard.my
call 010-5407085/014-5966622/010-6202123

Panglima Dua Kota


Merenung persoalan yang hilang
Dua kota dibina musnah binasa
mencari siapakah diri ini
pelarian di tanah air sendiri

mengapa..mengapa..mengapa
kita selalu leka
sedangkan musuh di depan mata
masih meraba mencari
siapakah diri ini
adakah sudah masih belum terlewat

meratap perjuangan Pahlawan gaza
Panglima dua kota
yang dipisahkan sebuah tembok celaka
angkara Yahudi Si laknatullah
biarkan mereka bermaharajalela
namun seluruh umat islam tidak bisa
melihat tangisan si kecil gaza
doakan semoga mereka berbahagia

hulurkan bantuan walau sedikit
ikhlas hati jadi penentu
tanpa mengira warna kulit dan rupa
semua adalah sama
rambut bak hitam darah merah delima
semuanya Hamba Allah yang sama
dari Nutfah yang hina..

lyrics: IM Azlan
song: IM Azlan

www.imammudaazlan.adacard.my
sms/call 010-5407085

Pendeta Agama


Hai manusia,
yang berjaya menimba segala macam ilmu dunia,
jangan kau alpa dalam mengejar syurga dunia yang hanya sementara

hai manusia,
andai kau hebat berbicara soal agama,
jangan kau lupa itu hanya pinjaman sementara semata,
kurniaan ALLAh buat dirimu

pendeta agama,
gelaran terpuji,
namun andai disalah erti,
pasti binasa diri,
kerna agama bukan utk dijual beli,
tanpa agama manusia terseksa
tanpa ilmu manusia buta
tanpa iman manusia kan sengsara
tanpa pegangan tali Allah pasti merana

oh tuhan,
sayangilah pendeta agama
yang hidup memperjuangkan dakwah agamamu
kerna tiada lain di benak fikiran mereka
melainkan menyebarkan syiarmu
agar menjadi seperti Dzulqarnain
umpama singa Allah
Umpama pedang Allah
dan seangkatan dengannya

Lyrics
IM Azlan
010-5407085/014-596 6622/010-6202123

www.imammudaazlan.adacard.my

Thursday, November 29, 2012

Travelog Seorang Jurutera Muda

Ku biar kalam berbicara, meluahkan maksud di jiwa agar mudah utk semua mengerti segala yang terjadi sudah suratan ilahi. Ku biarkan tangan-tangan yang di selaputi kereputan menulis dengan pena utk meluahkan hasrat di hati agar terubat segala luka dan duka yang menyelaputi setiap genap pelusuk hati yang suci murni.
ungakapan madah memang indah, seindah kata-kata yang mampu diungkap andai disertai dan disokong keberanian umpama Sang Romeo yang ingin menduga hati Si Juliet. Kita tidak menyangka, kita bukan seperti apa yang orang sangkakan yang berpura-pura dalam medan perjuangan dakwah moden yang kini hampir membius dunia dengan kehebatan pendakwah-pendakwah muda.
Maher Zaim berkata: “if you want to speak to the world, make a song”, dan banyak lagi. Usah khuatir akan musuh yang sentiasa membenci perjuangan menegakkan agama islam di muka bumi ini kerana tanpa keyakinan yang kuat terhadap Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah nescaya amat mudah kamu tersungkur dalam medan perjuangan yg serba mencabar dan amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa cacian, hinaan, dan makian tidak mungkin kamu akan menjadi pendakwah yang teguh dan utuh asas ilmunya, tidak mungkin akan menjadi seperti para sahabat, dan para wali ulama terdahulu yang amat obses dalam menegaakkan perjuangan islam dan membantu mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan islam.
Pada zaman serba moden canggih dan berteknologi yang sangat membangun, dakwah dalam konteks teknologi moden yang amat banyak fitnahnya. Tanpa ilmu dan iman yang teguh akan jatuh terjelapuk setiap pendakwah yang berjuang ke jalan Allah.
Pendakwah dalam konteks berdakwah tidak semestinya perlu menjadi pendakwah bebas sahaja, tidak perlu mendapatkan gelaran ustaz, haji, imam, hatta IMAM MUDA sekalipun untuk melaksanakan misi dakwah ini. Ustaz Azhar Idrus berkata, apa itu dakwah??Dakwah bermaksud ajak orang buat baik..AOBB, (any other big business), tidak kira dalam percakapan, perbuatan, tingkah laku, penulisan, lakonan, nyanyian, dan sebagainya, andai ada unsur-unsur mengajak orang utk berbuat ke arah kebaikan itulah dakwah yang sebenarnya. Mungkin daripada segi taraf berbeza kerana berlainan metodologi.  Dakwah itu perlukan pengorbanan, masa, tenaga, wang ringgit dan andai anda tidak mampu atau tidak sanggup berkorban ke arah ini, anda tidak mungkin akan mampu memikul tugasan dan tanggungjawab sebagai khalifah apatah lagi sebagai pendakwah yang amat mulia harganya andai berjaya menarik minat ramai orang utk memilih islam sebagai gaya hidup.

IM Azlan 
014-5966622

Thursday, November 22, 2012

Travelog Seorang Jurutera _ sambungan pg 2

Bila ku sebut tentang apakah definisi jurutera ini, ramai pasti tertanya-tanya adakah bermaksud sama dengan "technician"? juruelektrik?apa tu jurutera??main dengan mesin??pelbagai andaian dibuat bagi mereka yang tidak pernah tahu apa itu JURUTERA. Peranan jurutera bukan sahaja besar dan memberi impak maksima kepada syarikat malahan kepada semua yang disekelilingnya. Andai cita-cita sudah ingin menjadi jurutera sedari kecil, pasti akan tetap berusaha utk mengejar apa yg dicita-citakan.

Menjadi seorang Jurutera bukan semudah yang dilafazkan di bibir sahaja. Skop tugasan serta peranan dan tanggungjawab amatlah berat bergantung kepada posisi yang diisi dan mengikut disiplin masing-masing. Ibarat contoh saya, merupakan seorang Jurutera Pemasangan Luar Pesisir Pantai , amat perlu kemahiran dalam civil dan mekanikal, tanpa kemahiran dan asas yang kukuh semasa menuntut pasti akan kecundang sbg Jurutera di tengah jalan sebelum sempat melangkah lebih jauh. 

Masih ku ingat sewaktu menghadiri temuduga untuk memasuki sebuah syarikat minyak dan gas yang memang terkemuka, saya menggeletar, gelabah dan macam2 perasaaan bercampur baur bimbang andai tidak berjaya temuduga pasti keluarga akan berasa terkilan dan kecewa.

|to be continued|

Tuesday, November 6, 2012

Syurga Nur Kasih

Buat isteriku Wan Fatimah,


Bagaikan permata dicelahan kaca kerdipnya sukar untuk dibezakan kerana amat berbeza kerdipan cahaya yang terpancar dari kedua-duanya. Permata sesuatu yang berharga yang tidak mampu untuk dipecahkan tetapi kaca amat senang utk dipecahkan dan diretakkan, lalu akan tiada lagi harga buat dirinya.
Kekasih sejati teman yang berbudi kasihnya bukan keterpaksaan bukan pula dan jua kerana dunia mekar hidup cinta kami kerana cahaya dan nur kasih dari ilahi.

Hanya mampu ku sandarkan impian dan harapan selepas aku menadah tangan kepadamu Ya Allah kerana ku tahu hanya doa senjata yang mampu ku gunakan bagi mendapat belaian ehsan dariMU. kerana ku tahu doa itu mengeratkan doa itu merapatkan hubungan antara hamba dan pencipta-NYA. jadi kerana doa itu mampu mengubah kita menjadi yang lebih sempurna dengan izin-NYA.
Hanya mampu ku melihat deraian tangisanmu kerana diriku yang berdosa. aku bukan seorang umar, aku bukan insan sempurna yang kemuliaannya kerana ISLAM semua ke syurga kecuali dia ku amat bimbang dialah diriKU.


Yang Ikhlas,

IM Azlan


Epilog Kerinduan Berkhatan

Alhamdulillah, musim cuti sekolah bakal bermula, setiap kali cuti sekolah pasti akan ada majlis berkhatan yang ibarat satu pesta keramaian buat bangsa melayu bagi meraikan transformasi anak lelaki mereka  menjadi seorang remaja dewasa bergelar lelaki sejati. Masih saya ingat ketika zaman saya dahulu, sambutan saya berkhatan amat meriah ibarat menyambut menantu perempuan kalau kata orang tua lah.

Namun kenangan memori manis saat dikumpulkan bersama sepupu-sepupu berkhatan sekali amat manis kerana kenangan ini ibarat epilog sebuah rindu yang akan sentiasa mekar di dalam hati dan jiwa saya sebagai seorang lelaki.
Mana tidaknya, berkhatan atau sunat memang sinonim dengan masyrakat melayu untuk lelaki dan perempuan namun amat popular dikalangan lelaki sahaja kerana menjaga kehormatan wanita agar tidak terlalu digembar gemburkan tentang khatan mereka. Perempuan juga perlu berkhatan dengan memotong sedikit lebihan daging dan afdhal dilakukan ketika masih kecil/bayi bagi menjaga kehormatan dan mahkota maruahnya.

Walhal lelaki memang akan digemparkan hingga ke seluruh pelusuk kampung andai ada medium internet zaman dahulu pasti sudah digemparkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Ibarat bertelur sebiji riuh sekampung,zaman saya memang masih mengekalkan zaman konsep tradisional dengan mengekalkan adat-adat melayu umpamanya seperti mandi sungai, arak sekampung, disimbah air bomba dan macam-macam lagi, kami masih ingat dimana terpaksa dimandikan pagi-pagi, disebabkan tiada sungai di Bandaraya Kuala Lumpur melainkan sungai teh ais iaitu Sg Klang kami mandi air kolah biasa sahaja namun sejuknya amatlah sangat.

Terus di bawa ke klinik dan kain pelekat tersedia, dilucut dibius dibogelkan dengan di hadapan saya jururawat-jururawat yang membantu doktor lelaki, malu juga rasanya namun digagahkan hati, sakitnya bukan kepalang, rasa dipotong-potong disiat-siat si kulup yang masih melekat lalu memancut darah keluar sehingga memenuhi ruangan sekeliling rektum dan kantung pundi seorang lelaki. Terus dibalut dan disapu ubat dan diminta kembali selepas 2 minggu. Kami berlima terus berehat di rumah mak saudara saya yang kebetulan memang ramai anak lelaki, hanya 2 bilangan anak perempuan. Macam-macam kami buat, sun bath, sapu ubat, buang air kecil dalam botol, ketuk lutut dan sebagainya bagi menjaga mahkota lelaki agar sihat dan kuat sepanjang masa. kenangan yang tidak dapat dilupakan. Jumpa lagi andai diberi kesempatan melawat kesemua remaja kanak-kanak yang bakal berkhatan. 

IM Azlan 

JANJI PADAMU~



Erti sebuah janji, Takkan mampu diungkap hanya dengan ucapan lafaz cinta, mesti dibuktikan dengan perbuatan tingkah laku, berasaskan apa yang dijanji. Janji memang mudah dilafaz dengan kata-kata, ibarat menumpahkan air di atas lantai, ia memang mudah, namun untuk menunaikan apa yang dijanji amat payah andai diri tidak menepati, ibarat mendaki gunung yang tinggi untuk memacak tiang bendera. Janji padamu akan ku tepati, andai itu yang aku janjikan. Kerana bagiku erti sebuah janji amat mahal harganya tidak mampu dibayar walau dengan berkilo-kilo emas sebagai gantinya.
Janji adalah sebuah lafaz yang tersimpan, lafaz yang amat mahal harganya yang tiada galang-gantinya andai janji tak ditepati rasailah musibah atau ujian yang bakal menimpa diri.
Sabar dengan ujian, kerana kita tidak akan mampu menepati apa yang kita janjikan 100%, kerana itu kita digalakkan untuk menyebut “Insyaallah” sebagai sofa untuk menahan andai janji kita tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan lagi.
Kan pasti ku tunaikan janji kan ku junjung kebesaranMU Allah kan ku sujud dan pasrah andai itu janji yang telah KAU tetapkan buatku.
Janji itu ibarat sebuah sumpah, janji antara sepasang suami isteri merpati dua sejoli untuk melayar bahtera rumahtangga nun sampai ke syurga, janji seorang anak kepada ibu dan ayah, janji seorang pelajar kepada guru, janji seorang majikan kepada pekerja untuk memberi bonus tahunan andai mempamerkan prestasi berkualiti tinggi dan meningkatkan hasil dapatan syarikat, janji seorang ibu kepada anak-anak, janji seorang sahabat kepada sahabat, janji seorang musuh kepada musuhnya dan banyak lagi janji-janji manis seperti janji-janji yang ditaburkan seorang ahli politik kepada pengundi kawasannya sebelum menjelang pilihanraya, janji, janji dan janji. Janji tinggal janji, kerana janji itu subjectif, sukar dinilai dengan pandangan mata kasar, luaran fizikal sahaja, harus direnung dan ditenung mendalam agar kita tahu apa itu erti sebuah janji.
Bak kata Aishah dalam lagunya, Janji Manismu, yang mengisahkan kisah cinta sepasang kekasih yang menabur janji-janji manis kepada pasangannya di alam percintaan maksiat mereka yang penuh dengan noda hitam. Hati membeku mengingatkan kata-kata janji manismu, pasangannya dilambung angan-angan mengharapkan kasih suci darinya, lidah itu bila berkata-kata memang lembut ibarat tiada tulang ucapan cinta menghiris kalbu, namun bila patah hati ku kan tetap pergi membawa diri cinta di hati akan terkubur lagi di dalam mahligai yang jelik.

Monday, November 5, 2012

Bidadari syurga~

wahai wanita hiasan dunia ingatlah bahawa kamu bakal menjadi bidadari syurga sang suami, lengkapilah diri dengan iman dan taqwa gunakan senjata akal bukan senjata nafsu dan emosi yang bakal menggugat kebahagiaan kamu.
sedarlah andai kamu sekali meninggikan suara terhadap suamimu, andai tanpa redhanya dan maafnya,nescaya nerakalah tempatmu

ingat suami tempat kamu bergantung harap, menumpang kasih, menumpang belaian kasih sayang umpama rahmat kasihNYA, diciptakan kamu berpasang-pasangan agar kamu bahagia bersama pasangan, isteri penyejuk mata suami, suami pelindung buat para isteri, jangan disalah guna perlindungan itu utk wanita lain yg bukan mahram, kelak khuatir akan timbulnya fitnah dunia, akibat bisikan syaitan yg membinasakan dan menyesatkan.
sebelum mata terlena dibuaian malam yg penuh gelap gelita, kenangkan nasib diri kita yg kerdil lemah dan bersalut dosa sentiasa, muhasabah diri, kita bukan insan sempurna yg tidak akan pernah lari daripada membuat kesilapan.
maafkanlah andai ada kesilapan manusia terhadapmu. pimpinlah keluarga kamu anak2 kamu dan lindungilah mereka dengan ilmu yang bakal menjadi pedoman dan pemimpin, penunjuk arah ke jalan kebenaran.
sedarlah kita bukan selamanya sempurna, pasti putaran roda akan senantiasa berputar adakalanya di bawah dan adakalanya di atas, selamanya pasti kita tidak akan berada di bawah dan selamanya tidak di atas, andai bijak mengatur langkah pastikan kaki tidak tersadung agar bisa memenuhi cita-cita dan impian dalam mendidik bidadari syurga.

Ikhlas buat isteri,
IM Azlan

Youtube IM Azlan

http://www.youtube.com/watch?v=cDWp4ddVN9A&feature=share&list=ULcDWp4ddVN9A

http://youtu.be/oXREn8BMf0c

http://www.youtube.com/watch?v=jthrTODYgFY&feature=share&list=ULjthrTODYgFY

http://www.youtube.com/watch?v=UNsuhWHWyfQ&feature=share&list=ULUNsuhWHWyfQ

http://youtu.be/8svJOvwg-1Y

IM Azlan

Thursday, November 1, 2012

TRAVELOG SEORANG JURUTERA

Salam,

andai masih ku ingati saat bergraduat dari sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraaan, pasti akan terpahat memori suka duka pahit maung kemanisan waktu zaman menimba ilmu di alam bergelar seorang mahasiswa. 
sejak di bangku persekolahan lagi sudah ku pahat dan tanam serta semat dalam hati bahawa akanku gapai impian dan cita-citaku untuk menjadi seorang jurutera yg berjaya.
tanya saja semua, kawan, saudara mara, sahabat lebih-lebih lagi kedua-dua insan yg amat ku sayangi mmg aku minat mengira, menulis dan membuat sesuatu yg berunsur angka. Karangan Bahasa Melayuku pasti akan dipuji guru-guru yang memeriksa tulisan karangan ku.
bukan apa, aku ingat lagi saat ku darjah 3, aku meniru sebuah karangan dari buku rujukan semata-mata untuk mndapat pujian yg terbaik dari guruku. namun usaha busukku tidak menjadi akibat guruku sendiri mempunyai buku rujukan tersebut, akhirnya kantoi tidak mampu diselamatkan aku tersenyum basi akibat perbuatanku ini. namun itu tidak mematahkan semangatku untuk berusaha menulis sendiri agar mampu mendapat pujian ikhlas insan bergelar guru...besambunggg.................

IM AZLAN

Monday, October 29, 2012

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Mulia yg sgt kita harap-harapkan syafaat darinya.
Agak lama saya biarkan blog ini tanpa entry2 terbaru dari saya. Bukan apa, cuma kekangan masa dan rezeki kelapangan yg membataskan masa utk menulis setiap entry baru.

Apa Khabar Semua?Kaifahalukum, ni hou maa, How are u all??

Mungkin pada waktu ini masih lagi ada yg belum masuk ofis kan.?atau yg tgh memandu dan sarapan atau sebagainya..
saya rasa smpi sini dululah ye sbb tiba2 pula nk bergegas ke satu destinasi cinta yg abadi..[ofis] hehe..
adios ma'assalamah wa ilalliqa'.

IM Azlan
014-5966622

Monday, October 8, 2012

Andai hidup itu selamanya senang dan bebas daripada belenggu masalah, nescaya anda langsung tidak berbuat apa-apa sepanjang hidup. Apatah lagi mencuba sesuatu yang baru, malahan tidak langsung kreatif dan inovatif dalam menempuh liku-liku hidup yang penuh ranjau onak duri ditambah dugaan dan cabaran yang akan silih berganti.
Firman Allah __ Al-Baqarah .. Aku tidak akan membebani seseorang itu dengan bebanan yg tidak termampu olehnya. Ayat ini menerangkan betapa Allah itu maha mengetahui dan maha perancang dan maha bijaksana dalam merancang perjalanan hidup setiap hambaNYA. Allah swt amat berkuasa dalam menentukan setiap apa yang terjadi dalam alam ini berdasarkan pandangan mata hati kita dan perkara-perkara seharian yg sering berlaku. Sudah sunnatullah, mentari tetap akan terbit di iring dengan siang.begitu juga malam, bulan tetap akan menyinari kegelapan malam tanpa ada rehat semata-mata utk semua makhluk di atas muka bumi dan melitupi semua cakerawala dan alam-alam ghaib daripada pandangan mata yang telanjang.

Allah memang sebaik-baik perancang. Walaupun sehebat mana manusia itu mengisyhtiharkan bahawa dialah yang paling hebat dalam perancangan, nescaya tidak akan mampu langsung bersaing atau hanya sekadar buih2 di lautan apa idea yang dikeluarkan utk merancang sesuatu perkara. Allah tidak. Hanya sekelip mata malahan lebih daripada itu Allah mampu lakukan. Dalam Surah Yaasin, Allah sebut, "kun fayakun" maka jadilah ia dgn kehendak Allah. Jika kita tidak mendapat izin dari NYA, nescaya apa yang kita lakukan tidak akan mampu langsung dilaksanakan dengan jayanya. Allah itu Maha Adil, maha mengetahui setiap pembalasan yang setimpal utk Hamba-hamba NYA... Wallahualam.. 

Sambung kemudian..

IM Azlan
014-5966622

Thursday, September 27, 2012

Travelog Imam Muda

Salam sejahtera kepada semua followers IM Azlan.

Insyaallah buat pengetahuan semua saya akan mula mencoret memerah minda utk karya baru saya:

TRAVELOG SEORANG JURUTERA
UJIAN HIDUP SEORANG IMAM

Doakan saya..
Insyaallah kerana Doa itu mengeratkan hubungan dengan Yang MAHA PENCIPTA..

Yg Ikhlas,

IM Azlan

Wednesday, August 29, 2012

My nature of work

Hi all. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Sorry is the very easiest word to be out from our mouth. apologize for quite taking some time in updating my blog. Hopefully is not too "berhabuk" ya.

I'm very busy lately due to have to serve so many projects at Sarawak and Terengganu apart my 'dakwah' responsibility as Imam Muda. Now, when i'm writing this post, i was onboard MH 2569 to Bintulu departed at 1120 hrs from KLIA and expected to arrive on 1330 hrs. It's quite hectic month for myself, i can say since beginning of August and Ramadhan, the workload is very high, even i feel insufficient hand and energy to serve and catch up for everything i.e. Meeting, PIR, CRA, cost risk assessment, cost monitoring and etc.


Starting a week before Hari Raya, on 14/8/2012 myself has to travelled to Miri Sarawak for offshore task, onboard PLB Mas Mulia. Suppose to be till 5th Hari Raya, i got call from office KL to go to Terengganu to administer the offshore works there..


TO be continued...



IM Azlan

Sunday, August 19, 2012

Beraya di Perairan Laut Terengganu

Hari ini, tanggal 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433 H, merupakan satu perkara yang bersejarah yang tercatit dalam diari hidupku sepanjang bergelar insan dan hamba Allah swt.
Ini kerana tahun ini merupakan sambutan hari raya yang lain daripada tahun-tahun sebelum ini kerana tahun ini aku berjauhan dari isteri tersayang, Wan Fatimah Binti Wan Mohd Nowalid dan keluarga tersayang.
Bangun pagi 1 syawal ini aku agak lewat bersiap. Itu pun aku dikejutkan oleh ahli-ahli pasukan aku. Lebih kurang 6.30 pagi mereka datang ke bilik aku dan mengejutkan aku. Bukan kerana slalu lambat bgn, tp tidur agak lambat malam sebelum itu lebih kurang jam 2 pagi kerana menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang COMPANY’s Site Representative (CSR), no 1 atas kapal utk COMPANY. Selain itu, aku sepatutnya beraya di atas Kapal PLB Mas Mulia di perairan Sarawak, namun pada khamis 16/8/2012 aku mendapat panggilan meminta aku untuk naik atas Kapal DP DSV Windermere dan bertanggungjawab sebagai CSR. Terus aku buat tempahan kapal terbang utk pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah dapat flight pukul 1610 hrs MH 2659 melalui penerbangan Malaysia Airlines. Memang penuh flight ni, penuh dengan cikgu-cikgu yang bertugas di Sarawak.

Tiba di KLIA, touched down lebih kurang 6.20 pm, isteriku mengambilku di KLIA lantas pecut ke rumah mak abahku di Cheras. Usai bersalaman bermaafan dan memberitahu aku akan bertugas di Terengganu pula, terus aku memecut Cik Putih WUM 8167 bersama-sama isteriku merentas jalan dan lebuhraya untuk tiba di Awana Kijal, Terengganu.

Kami tiba lebih kurang jam 2 pagi, kemudian terus tidur utk aku bangun bersahur dan check-in chopper di airport Kerteh pada jam 6 pagi. Jadi selepas check in n perjalanan menerusi helicopter aku tiba lebih kurang jam 8.30 pagi di BEK-A Platform. Lantas terus transfer ke atas kapal DP DSV Windermere pada jam 9.30 pagi.

Alhamdulillah, lantas terus menjalankan tanggungjawabku sebagai CSR.
Sebab itu dek kurang tidur, jadi lambat bangun pada pagi 1 Syawal 1433H.
Maafkan saya, =)
Yang Mencoret,
IM Azlan

Thursday, August 16, 2012

Tentang Cinta ~

Assalamualaikum wbt and a very good morning to all,

How's your morning today??had all of you taken sahur? =)..hopefully all of you also had performed your responsibility and accountability towards ALLAH swt i.e. Subuh Prayer etc.
This morning, I woke up early in d morning around 5 am, however i missed my sahur, and i just performed Subuh Prayer. Because in Sarawak, Subuh time is early, around 5.00 am. Very sad, i feel uncomfortable without taking any sahur in the morning. Indeed, the sahur is very important for us, there's couples of benefits or "hikmah" why sahur is become one of the "tuntutan" to all of Muslims. (dont want to explain or elaborate much on this, will try to focus back to the topic above).

With reference to the above topic, do you guys know that was my title of my short novel (cerpen) which I wrote just before my marriage. Last time I was targeting to complete the writing  by Middle of last year, 2011. but due to some contributing problems factors, i didn't managed to complete the story at all, (tersadai begitu sahaja without any looks sampai berhabuk).=) i think, not necessary for me to story about what's the problems that i faced which made the novel writing completely surrendered. 

Maybe some of you are wondering now?why so happened now i wanted to flash back or recall everything in the past?? actually i don't want to recall my sad,unhappy, depress, moments. because my understanding is we have to move on regardless of what happened to us in the past. "Don't look back, don't lose hope , have faith in Allah". Now, i am in the midst of preparing my CV to be submitted to one international company, just want to test market or to try my luck in order to find better opportunity and experience in term of working in Oil & Gas Industry. Please do pray for me, i really need all your prayers and motivational support prior for me to success in my undertaking.

I think i need to stop now and continue with my CV preparation. Do take care of your good selves k guys!!

Regards,
From deep heart,
IM Azlan


Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan ingin meninggalkan kita...:-(

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari kepada semua followers dan pembaca blog saya ni.

Alhamdulillah hari ini Khamis, 16 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433 H. sedih dan pilu ketika ini menyelubungi lubuk jiwa dan sanubari untuk membiarkan Ramadhan berlalu pergi. tggl beberapa hari saja utk kita sama-sama merasa kemuliaan dan keberkatan Ramadhan, bulan yang dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda kerana pada bulan Ramadhan ini Al-quran diturunkan dan terdapat malam yang paling mulia yang lebih baik dari 1000 bulan. (Rujuk Surah Al-Qadr: 1-5) 

Buat masa ini, mungkin ramai yang tidak tahu (saya pasti mmg ramai yang tidak tahu) bahawa saya bekerja sebagai seorang Jurutera dalam sektor minyak dan gas. (Oil & Gas) Di samping berperanan sebagai seorang Imam Muda Musim Kedua.saya berperanan utk memastikan setiap kerja pemasangan dan penukaran talian paip di dasar laut berjalan dengan lancar..(akan saya kepilkan sedikit gambar buat tatapan semua nnti)

apapon, pada tahun ini insyaallah tiba giliran saya utk beraya di offshore (luar pesisir pantai). 
harap sama-sama dapat doakan saya dan isteri serta keluarga saya agar tabah menempuh cabaran dan dugaan hidup ini ;)

rasanya sampai di sini dulu lah coretan saya. 
ingin saya petik satu hadith qudsi yang berbunyi "puasa itu untukku, dan sessungguhnya aku membalasnya".HR Ibn Majah, An-nasaie. jadi berdasarkan hadith ini suka saya memperingati semua agar sama-sama kita menjaga kualiti puasa kita agar sentiasa berada di tahap yg terbaik sebagai persembahan utk ALLAH swt. hari-hari kita pastikan puasa kita,ibadah kita,sujud kita, ruku' kita, pengabdian kita hanya kepada Allah swt dengan yang paling terbaik utk kita persembahkan.

Sedangkan dengan manusia pun kita mahu buat persembahan terbaik, inikan pula dengan ALLAH swt, yang maha berkuasa sekalian alam, maha pencipta,maha memiliki dan maha 99 nama ALLAH

sekian dulu coretan saya, ingat slogan ni.."DAH CHECK KE BELUM"???

Yang Mencoret,

IM Azlan

Now updated!!

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua??harap semua sihat-sihat di samping keluarga tersayang dan sentiasa dinaungi oleh rahmat dan kasih sayang Allah swt. 

Dah lama sebenarnya saya xmenulis, sgt lama rasanya blog ini ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan saya. terdetik hati saya pada penghujung bulan Ramadhan ini utk kembali mencoret kata-kata minda dan hati saya di paparan blog ini agar dapat dikongsi bersama-sama followers blog ini yang bilangan hit dah mencecah 5K. saya pon tak sangka sbb lama sgt tinggalka..alhamdulillah terima kasih Allah.


Jadi bermula dari saat dan tika waktu ini, saya akan cuba meluangkan masa menulis kembali apa yang saya termampu dan di waktu lapang saya utk menjadi pedoman dan panduan bersama..

AKHIR KATA dari saya: "sampaikanlah dariku walau satu ayat" petikan HR.

Yang ikhlas dari Hati,

IM Azlan