Syabas dan tahniah di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga Frontliners, sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lepas. Sedikit sebanyak, hari ini, 10 Julai 2020 kita telah dapat nampak kesannya, dengan bilangan kes aktif semakin kurang, dan tiadanya pertambahan kes-kes positif yang baru. Tanpa usaha dan pengorbanan semua pihak terutamanya Frontliners, tentulah usaha ini akan menjadi sia-sia dan pengorbanan yang tidak membawa apa-apa makna.
Kini, pada fasa pemulihan yang dijadualkan sehingga 31 Ogos, harapan semua pihak agar dapat menjaga diri masing-masing, patuhi setiap tatacara dan etika ketika berada di tempat awam. Amalkan langkah-langkah seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara serta pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan.
Semoga kita akan kembali seperti sediakala di era norma baharu.
Salam sayang,
Azlan Zulkarnain