Total Pageviews

Tuesday, December 26, 2017

Melaka Trip




Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Apa khabar semua?
Diharap semua pembaca setia sihat-sihat walafiat hendaknya melakukan apa yang diingini setiap hari.

Baru-baru ini penulis berkesempatan meluangkan masa bercuti di Melaka. 
Saja jalan-jalan ambil angin. Banyak adik yang tolong uruskan dari segi penginapan dan sebagainya. Kami datang semata-mata nak berkumpul ramai-ramai, dah lama tak berkumpul adik beradik.

Diorang dah ada kat Melaka 22hb Disember lagi. Hari Khamis, check in kat Bayou Lagoon Resort Bukit Katil. Adik saya book yang apartment suite yang ada 3 bilik. Sesuai la untuk ramai-ramai dok dalam satu suite. 

Kami pulak datang lambat, petang Jumaat 23hb baru bertolak dari Kuantan. Kuantan-Gambang-Muadzam-Palong - ....... tup tup sampailah Melaka. Sampai-sampai dah lewat malam. Jadi kami sampai-sampai rehat-rehat je kat Hotel.


Bergambar di hadapan Sg Melaka

Esoknya pagi, apa lagi lepas sarapan (pakej sekali Hotel, macam-macam makanan), terus semua terjun pool yang besar dan indah. Macam-macam permainan ada,bolehlah tahan tapi takleh la nk compare ngan Bukit Gambang Resort city. Tapi apapun memang menarik resort ni kalau nak bawak anak-anak, budak-budak kecil main air. Taknak cerita banyak pasal main air ni, nanti sambung kat post yang lain.
Pemandangan dari tingkat apartment kami




Banyak tempat yang menarik yang kami sempat lawati, bangunan stadhuys, A Famosa, Perigi Hang Li Po, dan macam-macam lagi lah. Banyak tempat-tempat menarik nak jalan kat Melaka. Food pun banyak.
Cerita pasal food sempatlah merasa Kuih Keria Antarabangsa, Nasi Gunting kat Pasar Melaka Sentral, Asam Pedas Hjh Mona kat Kota Laksamana dan lain-lain lagilah. 

Taknak tulis panjang-panjang. nanti saya sambung lagi yer. cukup sini dulu.


Adik makan nasi Gunting

Orang beratur nak pekena nasi gunting









No comments:

Post a Comment