Total Pageviews

Thursday, November 29, 2012

Travelog Seorang Jurutera Muda

Ku biar kalam berbicara, meluahkan maksud di jiwa agar mudah utk semua mengerti segala yang terjadi sudah suratan ilahi. Ku biarkan tangan-tangan yang di selaputi kereputan menulis dengan pena utk meluahkan hasrat di hati agar terubat segala luka dan duka yang menyelaputi setiap genap pelusuk hati yang suci murni.
ungakapan madah memang indah, seindah kata-kata yang mampu diungkap andai disertai dan disokong keberanian umpama Sang Romeo yang ingin menduga hati Si Juliet. Kita tidak menyangka, kita bukan seperti apa yang orang sangkakan yang berpura-pura dalam medan perjuangan dakwah moden yang kini hampir membius dunia dengan kehebatan pendakwah-pendakwah muda.
Maher Zaim berkata: “if you want to speak to the world, make a song”, dan banyak lagi. Usah khuatir akan musuh yang sentiasa membenci perjuangan menegakkan agama islam di muka bumi ini kerana tanpa keyakinan yang kuat terhadap Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah nescaya amat mudah kamu tersungkur dalam medan perjuangan yg serba mencabar dan amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa cacian, hinaan, dan makian tidak mungkin kamu akan menjadi pendakwah yang teguh dan utuh asas ilmunya, tidak mungkin akan menjadi seperti para sahabat, dan para wali ulama terdahulu yang amat obses dalam menegaakkan perjuangan islam dan membantu mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan islam.
Pada zaman serba moden canggih dan berteknologi yang sangat membangun, dakwah dalam konteks teknologi moden yang amat banyak fitnahnya. Tanpa ilmu dan iman yang teguh akan jatuh terjelapuk setiap pendakwah yang berjuang ke jalan Allah.
Pendakwah dalam konteks berdakwah tidak semestinya perlu menjadi pendakwah bebas sahaja, tidak perlu mendapatkan gelaran ustaz, haji, imam, hatta IMAM MUDA sekalipun untuk melaksanakan misi dakwah ini. Ustaz Azhar Idrus berkata, apa itu dakwah??Dakwah bermaksud ajak orang buat baik..AOBB, (any other big business), tidak kira dalam percakapan, perbuatan, tingkah laku, penulisan, lakonan, nyanyian, dan sebagainya, andai ada unsur-unsur mengajak orang utk berbuat ke arah kebaikan itulah dakwah yang sebenarnya. Mungkin daripada segi taraf berbeza kerana berlainan metodologi.  Dakwah itu perlukan pengorbanan, masa, tenaga, wang ringgit dan andai anda tidak mampu atau tidak sanggup berkorban ke arah ini, anda tidak mungkin akan mampu memikul tugasan dan tanggungjawab sebagai khalifah apatah lagi sebagai pendakwah yang amat mulia harganya andai berjaya menarik minat ramai orang utk memilih islam sebagai gaya hidup.

IM Azlan 
014-5966622

Thursday, November 22, 2012

Travelog Seorang Jurutera _ sambungan pg 2

Bila ku sebut tentang apakah definisi jurutera ini, ramai pasti tertanya-tanya adakah bermaksud sama dengan "technician"? juruelektrik?apa tu jurutera??main dengan mesin??pelbagai andaian dibuat bagi mereka yang tidak pernah tahu apa itu JURUTERA. Peranan jurutera bukan sahaja besar dan memberi impak maksima kepada syarikat malahan kepada semua yang disekelilingnya. Andai cita-cita sudah ingin menjadi jurutera sedari kecil, pasti akan tetap berusaha utk mengejar apa yg dicita-citakan.

Menjadi seorang Jurutera bukan semudah yang dilafazkan di bibir sahaja. Skop tugasan serta peranan dan tanggungjawab amatlah berat bergantung kepada posisi yang diisi dan mengikut disiplin masing-masing. Ibarat contoh saya, merupakan seorang Jurutera Pemasangan Luar Pesisir Pantai , amat perlu kemahiran dalam civil dan mekanikal, tanpa kemahiran dan asas yang kukuh semasa menuntut pasti akan kecundang sbg Jurutera di tengah jalan sebelum sempat melangkah lebih jauh. 

Masih ku ingat sewaktu menghadiri temuduga untuk memasuki sebuah syarikat minyak dan gas yang memang terkemuka, saya menggeletar, gelabah dan macam2 perasaaan bercampur baur bimbang andai tidak berjaya temuduga pasti keluarga akan berasa terkilan dan kecewa.

|to be continued|

Tuesday, November 6, 2012

Syurga Nur Kasih

Buat isteriku Wan Fatimah,


Bagaikan permata dicelahan kaca kerdipnya sukar untuk dibezakan kerana amat berbeza kerdipan cahaya yang terpancar dari kedua-duanya. Permata sesuatu yang berharga yang tidak mampu untuk dipecahkan tetapi kaca amat senang utk dipecahkan dan diretakkan, lalu akan tiada lagi harga buat dirinya.
Kekasih sejati teman yang berbudi kasihnya bukan keterpaksaan bukan pula dan jua kerana dunia mekar hidup cinta kami kerana cahaya dan nur kasih dari ilahi.

Hanya mampu ku sandarkan impian dan harapan selepas aku menadah tangan kepadamu Ya Allah kerana ku tahu hanya doa senjata yang mampu ku gunakan bagi mendapat belaian ehsan dariMU. kerana ku tahu doa itu mengeratkan doa itu merapatkan hubungan antara hamba dan pencipta-NYA. jadi kerana doa itu mampu mengubah kita menjadi yang lebih sempurna dengan izin-NYA.
Hanya mampu ku melihat deraian tangisanmu kerana diriku yang berdosa. aku bukan seorang umar, aku bukan insan sempurna yang kemuliaannya kerana ISLAM semua ke syurga kecuali dia ku amat bimbang dialah diriKU.


Yang Ikhlas,

IM Azlan


Epilog Kerinduan Berkhatan

Alhamdulillah, musim cuti sekolah bakal bermula, setiap kali cuti sekolah pasti akan ada majlis berkhatan yang ibarat satu pesta keramaian buat bangsa melayu bagi meraikan transformasi anak lelaki mereka  menjadi seorang remaja dewasa bergelar lelaki sejati. Masih saya ingat ketika zaman saya dahulu, sambutan saya berkhatan amat meriah ibarat menyambut menantu perempuan kalau kata orang tua lah.

Namun kenangan memori manis saat dikumpulkan bersama sepupu-sepupu berkhatan sekali amat manis kerana kenangan ini ibarat epilog sebuah rindu yang akan sentiasa mekar di dalam hati dan jiwa saya sebagai seorang lelaki.
Mana tidaknya, berkhatan atau sunat memang sinonim dengan masyrakat melayu untuk lelaki dan perempuan namun amat popular dikalangan lelaki sahaja kerana menjaga kehormatan wanita agar tidak terlalu digembar gemburkan tentang khatan mereka. Perempuan juga perlu berkhatan dengan memotong sedikit lebihan daging dan afdhal dilakukan ketika masih kecil/bayi bagi menjaga kehormatan dan mahkota maruahnya.

Walhal lelaki memang akan digemparkan hingga ke seluruh pelusuk kampung andai ada medium internet zaman dahulu pasti sudah digemparkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Ibarat bertelur sebiji riuh sekampung,zaman saya memang masih mengekalkan zaman konsep tradisional dengan mengekalkan adat-adat melayu umpamanya seperti mandi sungai, arak sekampung, disimbah air bomba dan macam-macam lagi, kami masih ingat dimana terpaksa dimandikan pagi-pagi, disebabkan tiada sungai di Bandaraya Kuala Lumpur melainkan sungai teh ais iaitu Sg Klang kami mandi air kolah biasa sahaja namun sejuknya amatlah sangat.

Terus di bawa ke klinik dan kain pelekat tersedia, dilucut dibius dibogelkan dengan di hadapan saya jururawat-jururawat yang membantu doktor lelaki, malu juga rasanya namun digagahkan hati, sakitnya bukan kepalang, rasa dipotong-potong disiat-siat si kulup yang masih melekat lalu memancut darah keluar sehingga memenuhi ruangan sekeliling rektum dan kantung pundi seorang lelaki. Terus dibalut dan disapu ubat dan diminta kembali selepas 2 minggu. Kami berlima terus berehat di rumah mak saudara saya yang kebetulan memang ramai anak lelaki, hanya 2 bilangan anak perempuan. Macam-macam kami buat, sun bath, sapu ubat, buang air kecil dalam botol, ketuk lutut dan sebagainya bagi menjaga mahkota lelaki agar sihat dan kuat sepanjang masa. kenangan yang tidak dapat dilupakan. Jumpa lagi andai diberi kesempatan melawat kesemua remaja kanak-kanak yang bakal berkhatan. 

IM Azlan 

JANJI PADAMU~



Erti sebuah janji, Takkan mampu diungkap hanya dengan ucapan lafaz cinta, mesti dibuktikan dengan perbuatan tingkah laku, berasaskan apa yang dijanji. Janji memang mudah dilafaz dengan kata-kata, ibarat menumpahkan air di atas lantai, ia memang mudah, namun untuk menunaikan apa yang dijanji amat payah andai diri tidak menepati, ibarat mendaki gunung yang tinggi untuk memacak tiang bendera. Janji padamu akan ku tepati, andai itu yang aku janjikan. Kerana bagiku erti sebuah janji amat mahal harganya tidak mampu dibayar walau dengan berkilo-kilo emas sebagai gantinya.
Janji adalah sebuah lafaz yang tersimpan, lafaz yang amat mahal harganya yang tiada galang-gantinya andai janji tak ditepati rasailah musibah atau ujian yang bakal menimpa diri.
Sabar dengan ujian, kerana kita tidak akan mampu menepati apa yang kita janjikan 100%, kerana itu kita digalakkan untuk menyebut “Insyaallah” sebagai sofa untuk menahan andai janji kita tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan lagi.
Kan pasti ku tunaikan janji kan ku junjung kebesaranMU Allah kan ku sujud dan pasrah andai itu janji yang telah KAU tetapkan buatku.
Janji itu ibarat sebuah sumpah, janji antara sepasang suami isteri merpati dua sejoli untuk melayar bahtera rumahtangga nun sampai ke syurga, janji seorang anak kepada ibu dan ayah, janji seorang pelajar kepada guru, janji seorang majikan kepada pekerja untuk memberi bonus tahunan andai mempamerkan prestasi berkualiti tinggi dan meningkatkan hasil dapatan syarikat, janji seorang ibu kepada anak-anak, janji seorang sahabat kepada sahabat, janji seorang musuh kepada musuhnya dan banyak lagi janji-janji manis seperti janji-janji yang ditaburkan seorang ahli politik kepada pengundi kawasannya sebelum menjelang pilihanraya, janji, janji dan janji. Janji tinggal janji, kerana janji itu subjectif, sukar dinilai dengan pandangan mata kasar, luaran fizikal sahaja, harus direnung dan ditenung mendalam agar kita tahu apa itu erti sebuah janji.
Bak kata Aishah dalam lagunya, Janji Manismu, yang mengisahkan kisah cinta sepasang kekasih yang menabur janji-janji manis kepada pasangannya di alam percintaan maksiat mereka yang penuh dengan noda hitam. Hati membeku mengingatkan kata-kata janji manismu, pasangannya dilambung angan-angan mengharapkan kasih suci darinya, lidah itu bila berkata-kata memang lembut ibarat tiada tulang ucapan cinta menghiris kalbu, namun bila patah hati ku kan tetap pergi membawa diri cinta di hati akan terkubur lagi di dalam mahligai yang jelik.

Monday, November 5, 2012

Bidadari syurga~

wahai wanita hiasan dunia ingatlah bahawa kamu bakal menjadi bidadari syurga sang suami, lengkapilah diri dengan iman dan taqwa gunakan senjata akal bukan senjata nafsu dan emosi yang bakal menggugat kebahagiaan kamu.
sedarlah andai kamu sekali meninggikan suara terhadap suamimu, andai tanpa redhanya dan maafnya,nescaya nerakalah tempatmu

ingat suami tempat kamu bergantung harap, menumpang kasih, menumpang belaian kasih sayang umpama rahmat kasihNYA, diciptakan kamu berpasang-pasangan agar kamu bahagia bersama pasangan, isteri penyejuk mata suami, suami pelindung buat para isteri, jangan disalah guna perlindungan itu utk wanita lain yg bukan mahram, kelak khuatir akan timbulnya fitnah dunia, akibat bisikan syaitan yg membinasakan dan menyesatkan.
sebelum mata terlena dibuaian malam yg penuh gelap gelita, kenangkan nasib diri kita yg kerdil lemah dan bersalut dosa sentiasa, muhasabah diri, kita bukan insan sempurna yg tidak akan pernah lari daripada membuat kesilapan.
maafkanlah andai ada kesilapan manusia terhadapmu. pimpinlah keluarga kamu anak2 kamu dan lindungilah mereka dengan ilmu yang bakal menjadi pedoman dan pemimpin, penunjuk arah ke jalan kebenaran.
sedarlah kita bukan selamanya sempurna, pasti putaran roda akan senantiasa berputar adakalanya di bawah dan adakalanya di atas, selamanya pasti kita tidak akan berada di bawah dan selamanya tidak di atas, andai bijak mengatur langkah pastikan kaki tidak tersadung agar bisa memenuhi cita-cita dan impian dalam mendidik bidadari syurga.

Ikhlas buat isteri,
IM Azlan

Youtube IM Azlan

http://www.youtube.com/watch?v=cDWp4ddVN9A&feature=share&list=ULcDWp4ddVN9A

http://youtu.be/oXREn8BMf0c

http://www.youtube.com/watch?v=jthrTODYgFY&feature=share&list=ULjthrTODYgFY

http://www.youtube.com/watch?v=UNsuhWHWyfQ&feature=share&list=ULUNsuhWHWyfQ

http://youtu.be/8svJOvwg-1Y

IM Azlan

Thursday, November 1, 2012

TRAVELOG SEORANG JURUTERA

Salam,

andai masih ku ingati saat bergraduat dari sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraaan, pasti akan terpahat memori suka duka pahit maung kemanisan waktu zaman menimba ilmu di alam bergelar seorang mahasiswa. 
sejak di bangku persekolahan lagi sudah ku pahat dan tanam serta semat dalam hati bahawa akanku gapai impian dan cita-citaku untuk menjadi seorang jurutera yg berjaya.
tanya saja semua, kawan, saudara mara, sahabat lebih-lebih lagi kedua-dua insan yg amat ku sayangi mmg aku minat mengira, menulis dan membuat sesuatu yg berunsur angka. Karangan Bahasa Melayuku pasti akan dipuji guru-guru yang memeriksa tulisan karangan ku.
bukan apa, aku ingat lagi saat ku darjah 3, aku meniru sebuah karangan dari buku rujukan semata-mata untuk mndapat pujian yg terbaik dari guruku. namun usaha busukku tidak menjadi akibat guruku sendiri mempunyai buku rujukan tersebut, akhirnya kantoi tidak mampu diselamatkan aku tersenyum basi akibat perbuatanku ini. namun itu tidak mematahkan semangatku untuk berusaha menulis sendiri agar mampu mendapat pujian ikhlas insan bergelar guru...besambunggg.................

IM AZLAN