Total Pageviews

Tuesday, November 6, 2012

Epilog Kerinduan Berkhatan

Alhamdulillah, musim cuti sekolah bakal bermula, setiap kali cuti sekolah pasti akan ada majlis berkhatan yang ibarat satu pesta keramaian buat bangsa melayu bagi meraikan transformasi anak lelaki mereka  menjadi seorang remaja dewasa bergelar lelaki sejati. Masih saya ingat ketika zaman saya dahulu, sambutan saya berkhatan amat meriah ibarat menyambut menantu perempuan kalau kata orang tua lah.

Namun kenangan memori manis saat dikumpulkan bersama sepupu-sepupu berkhatan sekali amat manis kerana kenangan ini ibarat epilog sebuah rindu yang akan sentiasa mekar di dalam hati dan jiwa saya sebagai seorang lelaki.
Mana tidaknya, berkhatan atau sunat memang sinonim dengan masyrakat melayu untuk lelaki dan perempuan namun amat popular dikalangan lelaki sahaja kerana menjaga kehormatan wanita agar tidak terlalu digembar gemburkan tentang khatan mereka. Perempuan juga perlu berkhatan dengan memotong sedikit lebihan daging dan afdhal dilakukan ketika masih kecil/bayi bagi menjaga kehormatan dan mahkota maruahnya.

Walhal lelaki memang akan digemparkan hingga ke seluruh pelusuk kampung andai ada medium internet zaman dahulu pasti sudah digemparkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Ibarat bertelur sebiji riuh sekampung,zaman saya memang masih mengekalkan zaman konsep tradisional dengan mengekalkan adat-adat melayu umpamanya seperti mandi sungai, arak sekampung, disimbah air bomba dan macam-macam lagi, kami masih ingat dimana terpaksa dimandikan pagi-pagi, disebabkan tiada sungai di Bandaraya Kuala Lumpur melainkan sungai teh ais iaitu Sg Klang kami mandi air kolah biasa sahaja namun sejuknya amatlah sangat.

Terus di bawa ke klinik dan kain pelekat tersedia, dilucut dibius dibogelkan dengan di hadapan saya jururawat-jururawat yang membantu doktor lelaki, malu juga rasanya namun digagahkan hati, sakitnya bukan kepalang, rasa dipotong-potong disiat-siat si kulup yang masih melekat lalu memancut darah keluar sehingga memenuhi ruangan sekeliling rektum dan kantung pundi seorang lelaki. Terus dibalut dan disapu ubat dan diminta kembali selepas 2 minggu. Kami berlima terus berehat di rumah mak saudara saya yang kebetulan memang ramai anak lelaki, hanya 2 bilangan anak perempuan. Macam-macam kami buat, sun bath, sapu ubat, buang air kecil dalam botol, ketuk lutut dan sebagainya bagi menjaga mahkota lelaki agar sihat dan kuat sepanjang masa. kenangan yang tidak dapat dilupakan. Jumpa lagi andai diberi kesempatan melawat kesemua remaja kanak-kanak yang bakal berkhatan. 

IM Azlan 

No comments:

Post a Comment