Total Pageviews

Sunday, June 1, 2014

Travelog Seorang Jurutera_sambungan

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak post untuk "Travelog Seorang Jurutera" saya kini mempunyai sedikit kelapangan masa untuk menulis kembali cerita yang sememangnya ada di kalangan pembaca blog ini yang ternanti-nanti sambungannya.




Andai kita sedari, semakin hari semakin maju dunia dalam kecanggihan teknologi. Pelbagai Teknologi dapat diperlihatkan hasil gabungan idea, kreativiti, ilmu, dan seterusnya semangat berpasukan yang tinggi dalam kerja. Bila sebut pasal kecanggihan teknologi, sering terlintas di kotak pemikiran kita bahawa zaman sekarang manusia tidak akan mampu hidup tanpa "smart phones", tidak kira apa jua jenama bermula daripada kemunculan kemajuan Apple Iphone, kemudia Ipad, Ipod dan sebagainya, begitu juga Samsung yang kini antara pengeluar "Smart Phones" yang menjadi kegilaan ramai penduduk seantero dunia. Dengan teknologi tab, samsung galaxy gear dan sebagainya, menjadi trend masa kini buat generasi baru untuk sentiasa tampil bergaya dengan "smart phones" di telapak tangan. "Dunia di hujung jari anda". Tagline yang sering kita dengar apabila dibincangkan berkenaan Smart Phones.

Bukan itu yang penulis ingin utarakan sebenarnya, pokok pangkalnya apakah yang mampu atau boleh kita ambil iktibar daripada kecanggihan teknologi itu tadi? Kita mampu mencari ilmu, melayari jaringan maklumat dengan pantas dan menjimatkan masa tanpa perlu lagi bersusah payah ke cybercafe dan sebagainya. Kita hendak mengambil iktibar dalam perkara perkongsian ilmu teknologi, idea, metodologi, sistem, strategi dan cara kita dalam melakukan tindakan.

Tanpa tindakan yang betul daripada semua pekerja di sebalik kemajuan smart phones sudah tentu perkara ini tidak akan berjaya langsung di perkenalkan ke seantero dunia. Tanpa idea untuk membantu pengguna, memudahkan kehidupan pengguna, menjimatkan masa pengguna, menjimatkan wang dan yang pastinya menjadikan hidup pengguna lebih bermakna, sudah pasti teknologi smart phones aka telefon pintar tidak akan mampu bertahan lama dan tidak akan mampu langsung untuk menembusi pasaran dunia. Kejayaan seperti ini memerlukan daya semangat jitu, usaha yang gigih, dan semangat berpasukan yang kuat. kongsikan apa jua ilmu dan idea yang kita ada, salah tidak mengapa tetapi yang pasti kita akan mampu mengaktifkan sel-sel neuron otak kita untuk senantiasa memikirkan idea-idea yang hebat dan mantap.



Idea-idea yang hebat ini sudah pasti perlu diterjemahkan dalam bentuk semangat berpasukan yang tinggi. Semangat berpasukan dapat kita lihat perlu ada dalam setiap perkara. Ambil contoh seperti pasukan bola sepak Real Madrid, mereka mempunyai kebanyakan pemain-pemain bertaraf dunia dan berkemahiran hebat seperti Christiano Ronaldo, Karim Benzema, Iker Casillas dan sebagainya, tanpa semangat berpasukan yang tinggi sudah tentu apa jua kehebatan individu tidak akan dapat direalisasikan bagi diterjemahkan dalam bentuk Gol.

Oleh kerana, dalam kerjaya jurutera, semangat berpasukan yang tinggi perlu ada, sentiasa menambahbaik diri dengan ilmu-ilmu atau perkara-perkara yang baru agar kita sentiasa maju ke hadapan dan senantiasa dapat menyiapkan tugasan dengan mudah dan pantas tepat pada tarikh akhirnya....

bersambung.........

No comments:

Post a Comment