Total Pageviews

Tuesday, December 26, 2017

Buat Duit Dengan Uber


Salam sejahtera,

OK kali ni saya nak share pengalaman saya serba sedikit tentang memandu dengan Uber ni.
Sebelum saya share pengalaman saya sendiri memandu dengan Uber, saya cerita sikit pasal Uber.
Uber ni mula-mula masuk Malaysia pada 2014. Tapi time tu tertumpu di sekitar lembah Kelang saja.
Kemudian tahun demi tahun, mulalah Uber membesarkan rangkaian dan pengaruhnya di bandar-bandar besar lain seperti Melaka, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Kuala Terengganu, Kuantan dan beberapa bandar besar lain.

Cerita saya dengan Uber ni bermula pada Julai 2017. Masa ni saya dah duduk Kuantan. Jadi rasa macam nak try juga bawa Uber ni. Orang kata seronoklah, bestlah, boleh dapat sampai 5-6k sebulan. Wow!!! sape taknak buat kan?? 
Saya pun mulalah daftar. Awal-awal ni tak reti juga nak daftar, jadi saya minta tolong dengan adik ipar saya yang dah memandu dengan Uber di sekitar Lembah Kelang.

Saya register dekat ofis Uber di PJ. 

Ni antara syarat-syarat nak memandu dengan Uber. 

Syarat-syarat minimum menjadi Pemandu Uber





OK. Dah tengok syarat-syarat kan. Anda rasa cukup syarat tak? Kalau cukup boleh proceed untuk terus daftar dengan Uber. Senang je nak buat duit dengan Uber ni. 


I just made it to 500 5-star trips! Use my link to get on the road and start making money 



Saya share sikit lagi. Antara keperluan yang perlu ada selain daripada di atas adalah kereta anda sendiri. Nak pakai kereta orang lain pun boleh, tapi pastikan nama anda dimasukkan juga sebagai pemandu kedua dalam cover note insurans. Tu antara syarat-syaratnya. Lepas tu kena ada smart phone. Pakai lah Iphone ke. Samsung ke, Lenovo ke, yang penting ada smartphone dan kena download apps Uber Driver. Bila dah download apps Uber Driver nanti lagi senang untuk proses pendaftaran seterusnya.





Saya cerita serba ringkas je dulu. Dah ready nanti nak bawa Uber leh la daftar kat bawah ni yer.



I just made it to 500 5-star trips! Use my link to get on the road and start making money 


Andai ada masalah nak daftar leh terus whatsapp saya di bawah.


www.wasap.my/60196133456/Uber

www.wasap.my/60196133456/Uber

Melaka Trip




Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Apa khabar semua?
Diharap semua pembaca setia sihat-sihat walafiat hendaknya melakukan apa yang diingini setiap hari.

Baru-baru ini penulis berkesempatan meluangkan masa bercuti di Melaka. 
Saja jalan-jalan ambil angin. Banyak adik yang tolong uruskan dari segi penginapan dan sebagainya. Kami datang semata-mata nak berkumpul ramai-ramai, dah lama tak berkumpul adik beradik.

Diorang dah ada kat Melaka 22hb Disember lagi. Hari Khamis, check in kat Bayou Lagoon Resort Bukit Katil. Adik saya book yang apartment suite yang ada 3 bilik. Sesuai la untuk ramai-ramai dok dalam satu suite. 

Kami pulak datang lambat, petang Jumaat 23hb baru bertolak dari Kuantan. Kuantan-Gambang-Muadzam-Palong - ....... tup tup sampailah Melaka. Sampai-sampai dah lewat malam. Jadi kami sampai-sampai rehat-rehat je kat Hotel.


Bergambar di hadapan Sg Melaka

Esoknya pagi, apa lagi lepas sarapan (pakej sekali Hotel, macam-macam makanan), terus semua terjun pool yang besar dan indah. Macam-macam permainan ada,bolehlah tahan tapi takleh la nk compare ngan Bukit Gambang Resort city. Tapi apapun memang menarik resort ni kalau nak bawak anak-anak, budak-budak kecil main air. Taknak cerita banyak pasal main air ni, nanti sambung kat post yang lain.
Pemandangan dari tingkat apartment kami




Banyak tempat yang menarik yang kami sempat lawati, bangunan stadhuys, A Famosa, Perigi Hang Li Po, dan macam-macam lagi lah. Banyak tempat-tempat menarik nak jalan kat Melaka. Food pun banyak.
Cerita pasal food sempatlah merasa Kuih Keria Antarabangsa, Nasi Gunting kat Pasar Melaka Sentral, Asam Pedas Hjh Mona kat Kota Laksamana dan lain-lain lagilah. 

Taknak tulis panjang-panjang. nanti saya sambung lagi yer. cukup sini dulu.


Adik makan nasi Gunting

Orang beratur nak pekena nasi gunting









Wednesday, December 20, 2017

Tips Langsai Hutang Kad Kredit

Salam sejahtera semua, saja nak kongsi, saya pasti semua rakan pembaca rata-rata memiliki 1, 2, hatta 5 keping kad kredit/kad hutang. Makin income besar rasanya makin banyak kad kredit yang ada. 
Nak ceritakan sikit pengalaman saya, waktu saya mula-mula kerja Petronas dulu pada 2009, lepas je confirm jawatan  dengan Petronas, saya terus je pergi bank dan bawa dokumen berkaitan untuk apply kad hutang ni. bukan satu ye, tapi 2 terus saya apply. Maybank Visacard Ikhwan ngan CIMB Islamic card. 2 2 bank approve, maklumla kerja Petronas kan, bank mana taknak bagi. Tapi time tu saya ni tak kaji2 sangat, apa interest dia, apa terma dia, apa kebaikan dia, apa keburukan dia, yang penting saya tau mudah untuk saya kalau nak pergi travel/outstation, meeting sana meeting sini, book hotel ke, senang bila ada kad hutang ni. Nak tau kredit limit saya time mula-mula apply tu. RM10,000/kad. kalau 2 kad dah RM20,000. 
Mula-mula pakai memang disiplin, pakai je bayar, pakai je bayar, and jarang saya pakai kecuali atas urusan kerja sahaja. Tapi lama-lama saya dah tak kawal apa yang saya pakai, rasa nak barang tu, saya beli, swipe... Nak beli tu saya swipe... Memang sedap time beli pakai kad hutang ni. Rasa macam dunia ni kita yang punya. 

Saya pendekkan cerita, 
nanti ada masa saya cerita lagi pengalaman saya pakai kad hutang ni. Banyak nak cerita sebenarnya tapi saya simpan dulu sebab nak kongsi apa yang saya dah baca pasal cara nak langsai hutang kad kredit ni.

Tips ni bukan saya yang tulis, tapi seorang pakar kewangan yang banyak menulis buku-buku pengurusan kewangan dan mahir dalam selok belok kewangan.

Ni link dia, kalau rasa bermanfaat dan mampu bantu rakan-rakan yang ada masalah dah cukup menenangkan hati dan jiwa saya.
sebab saya pun mengalami masalah yang sama.

apapun, baca dengan hati dan minda yang terbuka.

http://www.langsaihutang.com/hop.php?ref=azlan3112