Total Pageviews

Monday, May 5, 2014

Barah Otak Yang Serius

Memang sangat menyedihkan, semakin banyak kita mendengar berita kes pembuangan bayi yang tidak berdosa oleh ibu bapa (bakal ibu bapa) yang tanpa akal dan fikiran yang waras. Dek kerana barah yang semakin merebak dalam otak yang sememangnya sempit, bayi yang dilahirkan fitrah, suci bersih dan dengan haruman syurga dicampak begitu sahaja tanpa perikemanusiaan. "Setiap kelahiran itu adalah fitrah"

Mengapa?Kenapa semua ini berlaku?

Bayi yang cukup sifat, ditatap direnung dirinya yang dibuang ke dalam semak dengan hati yang tulus, mampu menitiskan air mata jantan seorang lelaki. Sedih, kecewa, pilu, hiba rasanya pada saat ramai ibu bapa di luar sana yang kepingin sangat hendakkan anak, ada yang usia perkahwinan hampir menjejak ke angka 10 tahun, masih lagi belum dikurniakan zuriat, teringin sangat untuk mendapat cahaya mata sendiri, bayi ini di buang, dicampak, dilempar begitu sahaja tanpa apa jua perasaan di hati yang mampu menghentikan perbuatan tersebut.

Sungguh hebat kemerebakan barah di dalam otak mereka. Sudah di tahap kritikal sehingga  barah itu harus dibuang dan diubati, namun perlukan kos perubatan yang tinggi. Perlukan kemoterapi agaknya? Ataupun dihantar menjalani kaunseling yang berterusan dan konsisten? Mana-mana pun caranya mengubati barah ini, ia harus bermula dari dalam diri sendiri.

Kita doakan semoga semua daripada kita diberikan hidayah dan petunjuk, Moga Allah swt tidak membolak-balikkan hati-hati kita.







No comments:

Post a Comment