Total Pageviews

Sunday, May 4, 2014

Ibu Bapa Pendosa

Hari ini saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dapat membantu ramai manusia di luar sana terutamanya golongan ibu bapa dan remaja dalam mempertingkatkan mutu bacaan Al-Quran. Beruntung kepada mereka yg sudah istiqamah dalam membaca Al-Quran dan memberi nilai tambah kepada diri dengan memahami makna dan pengertian setiap ayat yang dibaca dalam Al-Quran.
Sebelum ini, saya mendengar banyak sangat luahan perasaan yang mengatakan diri mereka masih tidak tahu membaca Al-Quran walaupun sudah tua dan berusia, ada kanak-kanak yang rasa kecewa kerana daripada kecil tidak pernah di ajar oleh ibu bapa mempelajari Al-Quran, menyerahkan secara langsung tugas mendidik anak-anak dengan Al-Quran sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah sehingga anak mereka "kurang pandai" aka "bodoh" dalam membaca Al-Quran. Sehinggalah mereka semua bertemu dengan guru-guru agama yang berpengalaman ilmu yg luas dan menyarankan agar ibu bapa yg masih belum pandai membaca Al-Quran agar turut sama belajar membaca Al-Quran dengan baik dan mengajarkannya kembali serta memberi nilai tambah kepada anak-anak mereka.

Bertindaklah sekarang agar kita tidak menjadi "ibu bapa pendosa"

layari www.facebook.com/Imammudaazlan

No comments:

Post a Comment