Total Pageviews

Friday, May 9, 2014

Misteri Pulau Nangka

Secara umumnya, penulis pasti ramai di kalangan kita yang mengikuti perkembangan pencarian Harta Karun Zaman Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka yang digembar-gemburkan media-media cetak masa kini. Sangat menarik perhatian masyarakat khususnya, kerana jarang-jarang sungguh berlaku kejadian seumpama ini di mana-mana sekalipun, khazanah yang sudah berusia beratus-ratus tahun sejak zaman kejatuhan Melaka pada 1511M, ketika Portugis mula mengambil alih pemerintahan kesultanan dan menjadikan sistem kapitalism sebagai satu sistem yang amat dihambai dunia. 

Penulis amat tertarik sekali kerana peristiwa ini seolah-olah berkait rapat dengan peristiwa-peristiwa misteri dunia ketika ini seperti kes kehilangan MH370, kejatuhan kuasa matawang Amerika Syarikat, kedatangan Obama ke Malaysia dan sebagainya. Mungkin ada sesuatu misteri di sebalik semua ini. Namun semua ini hanya andaian dan tidak semestinya perlu dijadikan hujah yang kuat atau jitu. 

Melihat kepada kejatuhan harga emas ketika ini, dan berada pada paras sederhana, dunia melihat emas sebagai suatu benda yang mampu menggantikan kuasa matawang US Dollar kerana kestabilan harga emas itu sendiri. Namun perlu diteliti, ketika ini ada desas-desus mengatakan ada cubaan pihak-pihak tertentu untuk membeli kesemua emas di seluruh dunia agar mampu mengambil alih dunia daripada kuasa Amerika Syarikat. Wallahua'alam, hanya tekaan dan andaian penulis sahaja, seolah-olah mereka mempunyai perancangan yang sistematik dan tersusun di samping tindakan yang mampu merealisasikan impian mereka untuk mengalih kuasa dunia daripada tangan Amerika Syarikat kepada sebuah kuasa yang lain. 

Firman Allah yang maksudnya: "Mereka merancang, Allah jua merancang, namun perancang Allah itu yang tebaik kerana Allah swt adalah sebaik-baik perancang".

Mungkin mudah untuk  disimpulkan, keluarnya emas dari dalam bumi Pulau Nangka ada kaitan dengan konspirasi peralihan dunia yang penulis sendiri bingung untuk memikirkannya. Buat masa ini, kita hanya mampu membuat tekaan dan andaian, berdasarkan sumber-sumber penulisan yang ada, namun belum cukup usah lagi untuk membuktikannya secara saintifik.

Allah itu Maha Pemberi Rezeki, mungkin Allah ingin mengurniakan rezeki emas kepada Malaysia kerana kita juga pernah suatu ketika dahulu digelar sebagai 'suvarnabumi' atau bumi emas.

Moga Allah permudahkan pencarian emas di Pulau Nangka untuk manfaat dalam mencari Jalan Ke Syurga.
Wallahua'lam.

Pencarian oleh Kontraktor yang diamanahkan

Duit syiling emas yang dijumpai

Duit syiling emas yang dipercayai adalah dari zaman Kesultanan Melayu Melaka

Saiz duit syiling Zaman Kesultanan Melayu Melaka lebih besar daripada duit 50sen

Laluan masuk ke Pulau Nangka

Kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak yang terlibat

No comments:

Post a Comment