Total Pageviews

Sunday, June 1, 2014

Travelog Seorang Jurutera_sambungan

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak post untuk "Travelog Seorang Jurutera" saya kini mempunyai sedikit kelapangan masa untuk menulis kembali cerita yang sememangnya ada di kalangan pembaca blog ini yang ternanti-nanti sambungannya.




Andai kita sedari, semakin hari semakin maju dunia dalam kecanggihan teknologi. Pelbagai Teknologi dapat diperlihatkan hasil gabungan idea, kreativiti, ilmu, dan seterusnya semangat berpasukan yang tinggi dalam kerja. Bila sebut pasal kecanggihan teknologi, sering terlintas di kotak pemikiran kita bahawa zaman sekarang manusia tidak akan mampu hidup tanpa "smart phones", tidak kira apa jua jenama bermula daripada kemunculan kemajuan Apple Iphone, kemudia Ipad, Ipod dan sebagainya, begitu juga Samsung yang kini antara pengeluar "Smart Phones" yang menjadi kegilaan ramai penduduk seantero dunia. Dengan teknologi tab, samsung galaxy gear dan sebagainya, menjadi trend masa kini buat generasi baru untuk sentiasa tampil bergaya dengan "smart phones" di telapak tangan. "Dunia di hujung jari anda". Tagline yang sering kita dengar apabila dibincangkan berkenaan Smart Phones.

Bukan itu yang penulis ingin utarakan sebenarnya, pokok pangkalnya apakah yang mampu atau boleh kita ambil iktibar daripada kecanggihan teknologi itu tadi? Kita mampu mencari ilmu, melayari jaringan maklumat dengan pantas dan menjimatkan masa tanpa perlu lagi bersusah payah ke cybercafe dan sebagainya. Kita hendak mengambil iktibar dalam perkara perkongsian ilmu teknologi, idea, metodologi, sistem, strategi dan cara kita dalam melakukan tindakan.

Tanpa tindakan yang betul daripada semua pekerja di sebalik kemajuan smart phones sudah tentu perkara ini tidak akan berjaya langsung di perkenalkan ke seantero dunia. Tanpa idea untuk membantu pengguna, memudahkan kehidupan pengguna, menjimatkan masa pengguna, menjimatkan wang dan yang pastinya menjadikan hidup pengguna lebih bermakna, sudah pasti teknologi smart phones aka telefon pintar tidak akan mampu bertahan lama dan tidak akan mampu langsung untuk menembusi pasaran dunia. Kejayaan seperti ini memerlukan daya semangat jitu, usaha yang gigih, dan semangat berpasukan yang kuat. kongsikan apa jua ilmu dan idea yang kita ada, salah tidak mengapa tetapi yang pasti kita akan mampu mengaktifkan sel-sel neuron otak kita untuk senantiasa memikirkan idea-idea yang hebat dan mantap.



Idea-idea yang hebat ini sudah pasti perlu diterjemahkan dalam bentuk semangat berpasukan yang tinggi. Semangat berpasukan dapat kita lihat perlu ada dalam setiap perkara. Ambil contoh seperti pasukan bola sepak Real Madrid, mereka mempunyai kebanyakan pemain-pemain bertaraf dunia dan berkemahiran hebat seperti Christiano Ronaldo, Karim Benzema, Iker Casillas dan sebagainya, tanpa semangat berpasukan yang tinggi sudah tentu apa jua kehebatan individu tidak akan dapat direalisasikan bagi diterjemahkan dalam bentuk Gol.

Oleh kerana, dalam kerjaya jurutera, semangat berpasukan yang tinggi perlu ada, sentiasa menambahbaik diri dengan ilmu-ilmu atau perkara-perkara yang baru agar kita sentiasa maju ke hadapan dan senantiasa dapat menyiapkan tugasan dengan mudah dan pantas tepat pada tarikh akhirnya....

bersambung.........

Cadbury Neraka?

Highlight pada akhbar Utusan Malaysia
Post kali ini berkisarkan coklat Cadbury yang baru-baru ini kecoh dan riuh akibat penggunaan DNA babi di dalam produk coklat mereka. Isu kali ini agak berat, kerana ia melibatkan kemaslahatan umat islam seluruhnya kerana coklat Cadbury merupakan kegilaan ramai penduduk di dunia terutamanya yang beragama islam. Usah dipandang logo halal yang terdapat pada pembungkusan coklat, kerana logo halal itu hanya sekadar wayang oleh JAKIM yang mungkin sedikit sebanyak terlibat dalam isu ini. Kita terfikir, bagaimana produk yang ada DNA babi boleh terlepas pandang oleh JAKIM dan dilepaskan penggunaan logo halal yang sememangnya kita tahu yang JAKIM amat menitikberatkan soal halal sehinggakan penuh birokrasi dalam memohon logo halal terutamanya bagi syarikat-syarikat pengeluar produk makanan yang hanya berniaga kecil-kecilan. Saya pernah mendengar cerita daripada mulut seorang pemilik produk makanan  sunnah Hiraq iaitu Raja Mazian yang mengatakan betapa susahnya untuk mendapat logo halal walaupun produk keluaran syarikatnya hanya berasaskan susu kambing, kurma dan lain-lain makanan sunnah yang menjadi amalan nabi dalam soal pemakanan. 

Cadbury DNA babi

Di mana silapnya? Apa kejadahnya produk islam disusahkan untuk mendapat halal sedangkan produk seperti Cadbury senang mendapat halal walau ada DNA babi? Siapa dalangnya??? Kenapa dan mengapa ini semua terjadi??

Bagi yang berakal fikiran yang waras boleh menilai, mengkaji dan meneliti dalam segenap aspek supaya isu ini sedikit sebanyak dapat kita fahami walaupun ada pihak cuba menegakkan benang yang basah. Usah dinilai dek kerana berlambangkan nama agama, tiada kesalahan akan dilakukan. Ingatlah, kita diwajibkan mencari yang Halal dan diyakini halal.

cadbury semakin bimbang
Kalau dah syubhah confirm semua orang akan tolak produk cadbury. Ini baru isu makanan, kalau orang asyik mengatakan itu haram ini haram, nak makan coklat pun susah, terlalu menjaga kononnya soal makanan, namun soal perbuatan haram lain tetap jua dilakukan. Kaki botol, kaki perempuan, dan tahi judi, tapi melenting lebih-lebih bila produk cadbury disahkan ada DNA babi. Habis tu yang lain-lain tu, tak haram ke tuan-tuan???

renung-renungkan dan selamat bermuhasabah..









Monday, May 26, 2014

Kemuncak Piala Thomas 2014

Di sebalik kejayaan pasukan Jepun pada temasya Piala Thomas edisi kali ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana/apakah/siapakah dan bermacam-macam lagi persoalan tentang prestasi pasukan Jepun pada kali ini. Tidak pernah melahirkan atlet sukan badminton yang hebat, mereka mampu menjuarai Piala Thomas 2014 dan meletakkan nama pasukan Jepun sebaris dengan Malaysia, China, Indonesia yang pernah memenangi Piala thomas serta meninggalkan jauh pasukan yang lebih ke hadapan dalam sukan badminton seperti Denmark, England, Korea Selatan, Taiwan dan India yang tidak pernah langsung mencatatkan nama mereka pada mana-mana edisi Piala Thomas. 
Apapun menjadi kebanggan rakyat Malaysia walaupun tewas pada peringkat akhir, namun anak-anak buah Rashid Sidek, Tan Kim Her mampu menunjukkan aksi yang terbaik dan semangat melawan yang berjuang habis-habisan dan tewas tipis kepada Jepun.
Pujian harus diberikan kepada pihak pengurusan yang memberi kepercayaan untuk merombak pasukan dengan memisahkan bergu utama negara, serta membentuk gandingan baru Tan Boon Heong dan Hoon, mereka telah membuktikan mereka mampu bangkit dalam masa yang singkat walaupun baru sahaja digandingkan.

Pujian juga kepada Datuk Lee Chong Wei yang sentiasa konsisten dalam permainan beliau, kekecewaan dalam diri nampak di raut wajah namun saya pasti pada masa akan datang beliau akan mengecapi kejayaan yang lebih lagi. Apapun tanpa semangat juang yang kental Datuk LCW pasti beliau tidak akan mengecapi tahap seperti yang ketika ini.

Banyak kejutan telah berlaku, Tembok Besar China ditumbangkan, pasukan pilihan lain juga turut tumpas di tangan lawan masing-masing, banyak pemain muda yang meningkat naik juga turut menjadi perhatian pemerhati sukan badminton. Kita doakan supaya pasukan Malaysia akan terus mengecapi kejayaan di bawah pengurusan yang baru pimpinan Tan Sri Mahaleel. Moga usaha beliau menaikkan sukan badminton akan dirahmati dan diberkati.

Sekian, sedikit flashback gambar-gambar yang dipost ketika temasya berlangsung.




Layari www.facebook.com/Imammudaazlan 

Terima kasih

Sunday, May 18, 2014

Persaudaraan Tuntutan Islam


"Tidak sempurna iman kamu selagi mana kamu tidak mengasihi saudara-saudaramu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri",
maksud hadith yang amat masyhur dan sering diperkatakan oleh setiap penceramah atau pendakwah apabila bercakap soal persaudaraan dalam islam. Persaudaraan ialah satu skop yang sangat luas, mendalam, menyeluruh dan perlu diperjelaskan serta dikupas sedikit demi sedikit kerana ia mencakupi soal hubungan sesama manusia, hubungan antara makhluk, silatulrahim, jenis-jenis persaudaraan atau ikatan dan sebagainya. Bila berbicara soal persaudaraan pasti ramai yang akan sedia maklum bahawa, Allah swt dalam al-Quran al-Karim Allah swt telah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka perbaikilah (perhubungan) antara dua saudara kamu yang bertelagah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu semua mendapat rahmat”. (Surah al-Hujurat: 10). Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap muslim itu merupakan saudara kepada muslim yang lain. Maka kita dituntut untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan perpecahan umat.
Sesungguhnya persaudaraan dalam Islam dibina atas dasar Iman kepada Allah swt. Sebagai hamba-hamba yang beriman kita perlu sedar bahawa  kita semua adalah bersaudara. Sabda Rasulullah saw: “Seseorang muslim  itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Maka janganlah menzaliminya dan juga janganlah membiarkan dia dizalimi. Sesiapa yang menunaikan kehendak saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menunaikan kehendaknya. Sesiapa yang membantu meringankan penderitaan saudaranya maka Allah swt meringankan penderitaan-penderitaannya. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak”. (Hadith riwayat al-Bukhari). Aib itu adalah perkara-perkara yang memalukan,kejahatan atau kekurangan pada diri si pelaku, dan perkara-perkara yang melibatkan apa sahaja berkaitan dengan si pelaku sama ada dari sudut fizikal,jasmani, atau perbuatan itu sendiri. Ada satu kisah berkenaan dengan seekor burung besar yang kelaparan, terbang mencari-cari makanan lalu ternampak seekor burung kecil yang lain untuk dijadikan makanan. Lalu dikerah semua kudrat tenaganya untuk mengejar makanannya walau badan sudah keletihan, lalu burung kecil itu terbang dan terus ke dakapan seorang lelaki. Lelaki itu seolah-olah ingin menyelamatkan burung kecil itu tadi daripada dimakan oleh burung besar itu. Namun, dilihatnya burung besar itu seolah-olah kelihatan lemah akibat dek kelaparan yang amat sangat, lalu timbul rasa kasihan. Burung besar itu tadi membuat isyarat agar lelaki itu memberikan burung kecil itu kepadanya. Timbul perasaan serba salah yang amat mendalam, namun kerana tidak mahu menghampakan harapan burung besar itu,dalam masa yang sama tidak mahu burung kecil itu mati, dipotongnya secebis daging paha daripada burung kecil itu lalu diberi kepada burung besar. Dalam konteks cerita ini, kita dapat fahami walau dalam apa jua keadaan sekalipun, haruslah kita berusaha untuk memenuhi harapan atau permintaan daripada saudara-saudara kita hatta dalam kesusahan atau kesenangan sekalipun.
Hadith tersebut juga menjelaskan kepada kita tentang ganjaran bagi mereka yang memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim. Dengan menjaga hubungan persaudaraan ini Allah swt memelihara segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat. Contohnya apabila kita membantu saudara kita dengan rasa ikhlas kerana Allah swt maka Allah akan menunaikan segala hajat yang kita pinta kepada-Nya. Begitulah juga kita disuruh agar membantu saudara kita dengan meringankan kesedihan mahupun penderitaannya kerana Allah akan meringankan segala penderitaan kita ketika bertemu-Nya di akhirat kelak. Daripada hadith ini juga kita diminta untuk menutup keaiban dan apa sahaja kecelaan yang terdapat pada manusia lain kerana apabila kita menutup keaiban mereka maka Allah akan menutup segala keaiban kita.
Persaudaraan dalam Islam perlu melalui tiga proses yang utama. Pertamanya ialah al-Ta’aruf iaitu proses perkenalan. Pada peringkat ini akan berlaku hubungan suai kenai seperti mengetahui nama, asal, tempat tinggal, perkerjaan dan sebagainya lagi yang perkaitan hanya dengan maklumat-maklumat peribadi. Setelah beberapa lama proses al-Ta’aruf itu berlaku maka ian akan sampai kepada proses kedua iaitu al-Tafahum iaitu proses untuk saling memahami antara sesama muslim. Pada waktu inilah kita akan mengenali rakan kita dengan lebih mendalam. Kita akan lebih faham tentang peribadi-peribadinya dengan lebih dekat. Hal ini termasuklah perkara-perkara yang disukai mahupun dibencinya. Setelah melalui proses al-Tafahum ini maka akan terbentuk pula proses yang ketiga iaitu al-Takaful atau al-Takamul iaitu proses lengkap melengkapi antara sesama muslim. Apabila sampai ke peringkat ini maka seseorang muslim itu akan cuba membantu dan melengkapi kehidupan sahabatnya yang lain. Malah kemungkinan akan sampai kepada peringkat al-Ithar iaitu mendahulukan saudara mahupun sahabatnya berbanding dirinya sendiri.
Sesungguhnya hubungan silatulrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah swt. Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah ra, Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya hubungan silatul rahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata : “Sesiapa yang menyambungkan aku maka Allah akan turut menyambungkan ia”. (Hadith Muttafaq ‘Alaih). Pemahaman daripada hadith ini ialah sesiapa yang menjaga kukuh ikatan silatul rahim ini maka Allah swt akan menjaganya dan merahmati segala perjalanan hidupnya di dunia ini sehinggalah bertemu-Nya.
Di samping itu kita juga diwajibkan menjaga hubungan persaudaraan dengan manusia yang paling hampir dengan  kita iaitu jiran. Malah dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah saw telah meletakkan kecintaan kepada jiran sebagai salah satu daripada ciri-ciri mereka yang beriman kepada Allah swt. Dalam hadith yang lain dengan riwayat yang sama Rasulullah saw telah menyatakan bahawa memuliakan jiran tetangga terdiri daripada sifat-sifat orang yang beriman.
Dalam hadith yang lain Rasulullah saw turut bersabda: “ Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatul rahim”. (Hadith riwayat al-Bukhari). Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya dan juga pada masa yang sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.
Dewasa ini seringkali kita dengari perkara yang amat menyedihkan iaitu apabila kemesraan sesama jiran tetangga ini dipandang remeh oleh masyarakat kita pada hari ini terutama di kawasan bandar. Malah ada di kalangan kita yang mungkin tidak selesa dengan kemesraan jiran walaupun hanya untuk bertegur sapa. Ingatlah bahawa jiran adalah insan yang paling hampir dengan kita. Tiada manusia lain yang lebih pantas untuk membantu kita di kala susah melainkan jiran yang berada di sebelah rumah kita. Maka muliakanlah jiran dan jangan sekali-kali menyakiti hatinya kerana menyakiti hati jiran termasuk daripada dosa-dosa besar di sisi Allah swt. Hak tetangga berkenal bermesra, juga menjaga hati dan maruah jiran selain daripada menjaga makan minum daripada sudut berkongsi sesama jiran. 
Wallahu a'lam.

Friday, May 9, 2014

Misteri Pulau Nangka

Secara umumnya, penulis pasti ramai di kalangan kita yang mengikuti perkembangan pencarian Harta Karun Zaman Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka yang digembar-gemburkan media-media cetak masa kini. Sangat menarik perhatian masyarakat khususnya, kerana jarang-jarang sungguh berlaku kejadian seumpama ini di mana-mana sekalipun, khazanah yang sudah berusia beratus-ratus tahun sejak zaman kejatuhan Melaka pada 1511M, ketika Portugis mula mengambil alih pemerintahan kesultanan dan menjadikan sistem kapitalism sebagai satu sistem yang amat dihambai dunia. 

Penulis amat tertarik sekali kerana peristiwa ini seolah-olah berkait rapat dengan peristiwa-peristiwa misteri dunia ketika ini seperti kes kehilangan MH370, kejatuhan kuasa matawang Amerika Syarikat, kedatangan Obama ke Malaysia dan sebagainya. Mungkin ada sesuatu misteri di sebalik semua ini. Namun semua ini hanya andaian dan tidak semestinya perlu dijadikan hujah yang kuat atau jitu. 

Melihat kepada kejatuhan harga emas ketika ini, dan berada pada paras sederhana, dunia melihat emas sebagai suatu benda yang mampu menggantikan kuasa matawang US Dollar kerana kestabilan harga emas itu sendiri. Namun perlu diteliti, ketika ini ada desas-desus mengatakan ada cubaan pihak-pihak tertentu untuk membeli kesemua emas di seluruh dunia agar mampu mengambil alih dunia daripada kuasa Amerika Syarikat. Wallahua'alam, hanya tekaan dan andaian penulis sahaja, seolah-olah mereka mempunyai perancangan yang sistematik dan tersusun di samping tindakan yang mampu merealisasikan impian mereka untuk mengalih kuasa dunia daripada tangan Amerika Syarikat kepada sebuah kuasa yang lain. 

Firman Allah yang maksudnya: "Mereka merancang, Allah jua merancang, namun perancang Allah itu yang tebaik kerana Allah swt adalah sebaik-baik perancang".

Mungkin mudah untuk  disimpulkan, keluarnya emas dari dalam bumi Pulau Nangka ada kaitan dengan konspirasi peralihan dunia yang penulis sendiri bingung untuk memikirkannya. Buat masa ini, kita hanya mampu membuat tekaan dan andaian, berdasarkan sumber-sumber penulisan yang ada, namun belum cukup usah lagi untuk membuktikannya secara saintifik.

Allah itu Maha Pemberi Rezeki, mungkin Allah ingin mengurniakan rezeki emas kepada Malaysia kerana kita juga pernah suatu ketika dahulu digelar sebagai 'suvarnabumi' atau bumi emas.

Moga Allah permudahkan pencarian emas di Pulau Nangka untuk manfaat dalam mencari Jalan Ke Syurga.
Wallahua'lam.

Pencarian oleh Kontraktor yang diamanahkan

Duit syiling emas yang dijumpai

Duit syiling emas yang dipercayai adalah dari zaman Kesultanan Melayu Melaka

Saiz duit syiling Zaman Kesultanan Melayu Melaka lebih besar daripada duit 50sen

Laluan masuk ke Pulau Nangka

Kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak yang terlibat

Monday, May 5, 2014

Barah Otak Yang Serius

Memang sangat menyedihkan, semakin banyak kita mendengar berita kes pembuangan bayi yang tidak berdosa oleh ibu bapa (bakal ibu bapa) yang tanpa akal dan fikiran yang waras. Dek kerana barah yang semakin merebak dalam otak yang sememangnya sempit, bayi yang dilahirkan fitrah, suci bersih dan dengan haruman syurga dicampak begitu sahaja tanpa perikemanusiaan. "Setiap kelahiran itu adalah fitrah"

Mengapa?Kenapa semua ini berlaku?

Bayi yang cukup sifat, ditatap direnung dirinya yang dibuang ke dalam semak dengan hati yang tulus, mampu menitiskan air mata jantan seorang lelaki. Sedih, kecewa, pilu, hiba rasanya pada saat ramai ibu bapa di luar sana yang kepingin sangat hendakkan anak, ada yang usia perkahwinan hampir menjejak ke angka 10 tahun, masih lagi belum dikurniakan zuriat, teringin sangat untuk mendapat cahaya mata sendiri, bayi ini di buang, dicampak, dilempar begitu sahaja tanpa apa jua perasaan di hati yang mampu menghentikan perbuatan tersebut.

Sungguh hebat kemerebakan barah di dalam otak mereka. Sudah di tahap kritikal sehingga  barah itu harus dibuang dan diubati, namun perlukan kos perubatan yang tinggi. Perlukan kemoterapi agaknya? Ataupun dihantar menjalani kaunseling yang berterusan dan konsisten? Mana-mana pun caranya mengubati barah ini, ia harus bermula dari dalam diri sendiri.

Kita doakan semoga semua daripada kita diberikan hidayah dan petunjuk, Moga Allah swt tidak membolak-balikkan hati-hati kita.







KULIAH MALAM

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya maksud disebalik tajuk di atas. Saya pasti ramai di kalangan pembaca sentiasa membeli Harian Metro buat tatapan setiap hari. Tajuk yang 'Panas' dan 'memanaskan hati' sesiapa yang membacanya disertai dengan gambar penuntut yang kurang wajar kesopanannya.

Di mana silapnya?
Kurang kewangan katanya? Kenapa tidak mencari pekerjaan separuh masa yang lebih 'halal' kerana dalam kehidupan kita, harus diingat yang "Matlamat tidak menghalalkan cara".
Sehingga sanggup melakukan pekerjaan tersebut tanpa segan silu demi menampung kehidupan dan perbelanjaan harian.

Apapun, iman itu tidak dapat diwarisi, kita yang mampu menambahbaik iman dengan cara berusaha melakukan amalan-amalan yang membantu penambahan iman.

"Tepuk dada, tanya Iman"