Total Pageviews

Thursday, July 9, 2020

KEAJAIBAN DUIT

Dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing dek akibat impak pukulan pandemik COVID-19, banyak yang terkesan dan akibatnya, kebanyakan daripada kita diberhentikan kerja oleh syarikat-syarikat yang juga merasa tenat. Secara individu, saya tidak melihat mana-mana pihak harus disalahkan dalam perkara ini, kerana yang membuang pekerja mungkin ada sebab dan alasannya tersendiri. Faktor kebergantungan langsung kepada hasil jualan, tanpa ada simpanan kecemasan yang cukup sedikit sebanyak mengganggu kelancaran aliran tunai sesebuah syarikat seterusnya menyebabkan banyak yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Syabas dan tahniah di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga Frontliners, sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lepas. Sedikit sebanyak, hari ini, 10 Julai 2020 kita telah dapat nampak kesannya, dengan bilangan kes aktif semakin kurang, dan tiadanya pertambahan kes-kes positif yang baru. Tanpa usaha dan pengorbanan semua pihak terutamanya Frontliners, tentulah usaha ini akan menjadi sia-sia dan pengorbanan yang tidak membawa apa-apa makna. 

Kini, pada fasa pemulihan yang dijadualkan sehingga 31 Ogos, harapan semua pihak agar dapat menjaga diri masing-masing, patuhi setiap tatacara dan etika ketika berada di tempat awam. Amalkan langkah-langkah seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara serta pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan.

Semoga kita akan kembali seperti sediakala di era norma baharu.

Salam sayang,

Azlan Zulkarnain

No comments:

Post a Comment