Total Pageviews

Thursday, May 1, 2014

Ilmu itu rezeki

Assalam,

Rasa terlalu lama tidak update atau menulis apa sahaja di ruangan blog saya yang serba kekurangan ini. Agaknya setahun juga blog ini menyepi tanpa coretan-coretan pengalaman dan perkongsian buat tatapan pembaca-pembaca yang sedia mengikuti perkongsian di sini. Apapun, moga hidup kita sentiasa ceria dan bahagia serta selalu mencari redha Ilahi, Tuhan Yang Maha Agung

Ilmu itu rezeki? ada yg mungkin tertanya-tanya, bagaimana dikatakan ilmu itu rezeki? mungkin kita sedia maklum rezeki itu kebanyakannya dalam bentuk wang, kebahagiaan, kesihatan, kelapangan waktu dsb, tapi apa kaitan dengan ilmu?
ilmu itu juga adalah satu bentuk rezeki, kerana dengan ilmu kita akan mampu membezakan antara hak dan batin. Bukankah itu satu bentuk rezeki? Dengan ilmu, kita akan makin disayangi ramai, makin mudah untuk kita mendekati dan didekati, serta mampu juga untuk kita menyediakan bekalan buat dunia mahupun akhirat.
Nak kaya di dunia? kejarlah akhirat. Tanpa ilmu, bagaimana utk kita mengejar akhirat?

renung-renungkan selamat bermuhasabah.

No comments:

Post a Comment