Total Pageviews

Tuesday, November 6, 2012

JANJI PADAMU~



Erti sebuah janji, Takkan mampu diungkap hanya dengan ucapan lafaz cinta, mesti dibuktikan dengan perbuatan tingkah laku, berasaskan apa yang dijanji. Janji memang mudah dilafaz dengan kata-kata, ibarat menumpahkan air di atas lantai, ia memang mudah, namun untuk menunaikan apa yang dijanji amat payah andai diri tidak menepati, ibarat mendaki gunung yang tinggi untuk memacak tiang bendera. Janji padamu akan ku tepati, andai itu yang aku janjikan. Kerana bagiku erti sebuah janji amat mahal harganya tidak mampu dibayar walau dengan berkilo-kilo emas sebagai gantinya.
Janji adalah sebuah lafaz yang tersimpan, lafaz yang amat mahal harganya yang tiada galang-gantinya andai janji tak ditepati rasailah musibah atau ujian yang bakal menimpa diri.
Sabar dengan ujian, kerana kita tidak akan mampu menepati apa yang kita janjikan 100%, kerana itu kita digalakkan untuk menyebut “Insyaallah” sebagai sofa untuk menahan andai janji kita tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan lagi.
Kan pasti ku tunaikan janji kan ku junjung kebesaranMU Allah kan ku sujud dan pasrah andai itu janji yang telah KAU tetapkan buatku.
Janji itu ibarat sebuah sumpah, janji antara sepasang suami isteri merpati dua sejoli untuk melayar bahtera rumahtangga nun sampai ke syurga, janji seorang anak kepada ibu dan ayah, janji seorang pelajar kepada guru, janji seorang majikan kepada pekerja untuk memberi bonus tahunan andai mempamerkan prestasi berkualiti tinggi dan meningkatkan hasil dapatan syarikat, janji seorang ibu kepada anak-anak, janji seorang sahabat kepada sahabat, janji seorang musuh kepada musuhnya dan banyak lagi janji-janji manis seperti janji-janji yang ditaburkan seorang ahli politik kepada pengundi kawasannya sebelum menjelang pilihanraya, janji, janji dan janji. Janji tinggal janji, kerana janji itu subjectif, sukar dinilai dengan pandangan mata kasar, luaran fizikal sahaja, harus direnung dan ditenung mendalam agar kita tahu apa itu erti sebuah janji.
Bak kata Aishah dalam lagunya, Janji Manismu, yang mengisahkan kisah cinta sepasang kekasih yang menabur janji-janji manis kepada pasangannya di alam percintaan maksiat mereka yang penuh dengan noda hitam. Hati membeku mengingatkan kata-kata janji manismu, pasangannya dilambung angan-angan mengharapkan kasih suci darinya, lidah itu bila berkata-kata memang lembut ibarat tiada tulang ucapan cinta menghiris kalbu, namun bila patah hati ku kan tetap pergi membawa diri cinta di hati akan terkubur lagi di dalam mahligai yang jelik.

No comments:

Post a Comment