Total Pageviews

Thursday, November 29, 2012

Travelog Seorang Jurutera Muda

Ku biar kalam berbicara, meluahkan maksud di jiwa agar mudah utk semua mengerti segala yang terjadi sudah suratan ilahi. Ku biarkan tangan-tangan yang di selaputi kereputan menulis dengan pena utk meluahkan hasrat di hati agar terubat segala luka dan duka yang menyelaputi setiap genap pelusuk hati yang suci murni.
ungakapan madah memang indah, seindah kata-kata yang mampu diungkap andai disertai dan disokong keberanian umpama Sang Romeo yang ingin menduga hati Si Juliet. Kita tidak menyangka, kita bukan seperti apa yang orang sangkakan yang berpura-pura dalam medan perjuangan dakwah moden yang kini hampir membius dunia dengan kehebatan pendakwah-pendakwah muda.
Maher Zaim berkata: “if you want to speak to the world, make a song”, dan banyak lagi. Usah khuatir akan musuh yang sentiasa membenci perjuangan menegakkan agama islam di muka bumi ini kerana tanpa keyakinan yang kuat terhadap Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah nescaya amat mudah kamu tersungkur dalam medan perjuangan yg serba mencabar dan amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa cacian, hinaan, dan makian tidak mungkin kamu akan menjadi pendakwah yang teguh dan utuh asas ilmunya, tidak mungkin akan menjadi seperti para sahabat, dan para wali ulama terdahulu yang amat obses dalam menegaakkan perjuangan islam dan membantu mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan islam.
Pada zaman serba moden canggih dan berteknologi yang sangat membangun, dakwah dalam konteks teknologi moden yang amat banyak fitnahnya. Tanpa ilmu dan iman yang teguh akan jatuh terjelapuk setiap pendakwah yang berjuang ke jalan Allah.
Pendakwah dalam konteks berdakwah tidak semestinya perlu menjadi pendakwah bebas sahaja, tidak perlu mendapatkan gelaran ustaz, haji, imam, hatta IMAM MUDA sekalipun untuk melaksanakan misi dakwah ini. Ustaz Azhar Idrus berkata, apa itu dakwah??Dakwah bermaksud ajak orang buat baik..AOBB, (any other big business), tidak kira dalam percakapan, perbuatan, tingkah laku, penulisan, lakonan, nyanyian, dan sebagainya, andai ada unsur-unsur mengajak orang utk berbuat ke arah kebaikan itulah dakwah yang sebenarnya. Mungkin daripada segi taraf berbeza kerana berlainan metodologi.  Dakwah itu perlukan pengorbanan, masa, tenaga, wang ringgit dan andai anda tidak mampu atau tidak sanggup berkorban ke arah ini, anda tidak mungkin akan mampu memikul tugasan dan tanggungjawab sebagai khalifah apatah lagi sebagai pendakwah yang amat mulia harganya andai berjaya menarik minat ramai orang utk memilih islam sebagai gaya hidup.

IM Azlan 
014-5966622

No comments:

Post a Comment